Blogger Layouts
Showing posts with label Pemuda. Show all posts
Showing posts with label Pemuda. Show all posts

Sunday, January 1, 2012

Kekuatan Pemuda

Bismillah...

Jauh dibumi Ireland ni x menghalang CiK NuNu untuk melihat tanah tumpah darahku...
Sangat sedih mengenangkan huru hara bumi merdekaku...
Yang masih terjajah pemikirannya...
Yang masih hanyut dalam nikmatNya...
Yang masih mengejar duit semata-mata...

Maaf, andai ada yang tidak berpuas hati...
CiK NuNu hanya menyatakan pendirian dan pendapat shaja...
Mahasiswa pada hematku, pantas diberikan hak untuk menyuarakan...
Menyuarakan keadilan mahupun kritikan...
Janganlah ada yang mengambil kesempatan dengan provokasi...
Mereka adalah pemimpin masa hadapan...
Cukuplah diperbodohkan kami mahasiswa...
Dengan menjadikan kami sebagai alat untuk menawan hati mereka...
Janganlah dicampur adukkan soal pembelajaran kami dengan nafsu kalian...
Seperti kalian mengasingkan agama dengan dunia...
Terima kasih pada yang bersuara...

Masih ingatkah kalian...
Sultan Muhammada al-Fateh yang menawan Constantinople pada usia 21 tahun...
Umar Abdul Aziz menjadi khalifah terbaik pada usia 23 tahun...
Mu'az bin Amru dan Muawiz bin Arfa', pemuda Ansar, merekalah yang membunuh Abu Jahal
Bukankah mereka itu pemuda?
Lihatlah kekuatan pemuda...

Jom kte susuri cerita Amirul Mukminin ni


Di dalam sebuah rumah di Madinah, ‘Umar al-Khattab radhiyallaahu ‘anhu duduk bersama dengan sekumpulan sahabat. Beliau berkata kepada mereka, “nyatakan harapan kamu!” Salah seorang daripada mereka berkata, “impianku adalah untuk memiliki emas yang dapat memenuhi rumah ini, agar aku dapat membelanjakannya di jalan jihad.”
Kemudian ‘Umar berkata lagi, “nyatakan harapan kamu!” Seorang lagi sahabat berkata, “impianku adalah agar rumah ini penuh dengan permata dan mutiara agar semuanya dapat kubelanjakan untuk jihad dan kebajikan fi sabilillah.”
‘Umar berkata lagi buat kali yang ketiga, “nyatakan harapan kamu!” Lalu sahabat-sahabat yang ada berkata, “kami sudah tidak tahu apa yang patut diperkatakan wahai Amirul Mu’minin.”
Lalu ‘Umar berkata, “harapanku ialah agar rumah ini penuh dengan lelaki-lelaki seperti Abu ‘Ubaydah ibn al-Jarrah, Muaz ibn Jabal dan Salim budak suruhan Abu Huzaifah, agar mereka semua dapat digunakan bagi meninggikan kalimah Allah!”


Lihat...
Bukankah pemuda yang gagah lagi berkudrat ini...
Bisa menegakkan kalimah Lailahaillah....
Kenapa pemuda kini disuruh menutup mulut?
Bukankah pemuda yang gagah lagi berkudrat ini...
Adalah pemimpin masa hadapan?
Bukankah pemuda yang gagah lagi berkudrat ini...
Adalah aset negara, cerminan kepada sesebuah negara...

Bukankah pemuda yang gagah lagi berkudrat ini...
Tidak dijadikan Allah semata-mata untuk berdiam diri...


Jadi, untuk apa kamu menyuruh kami ini berdiam diri?
CiK NuNu teringat ungkapan saidina Ali r.a...


"Kalau kamu ingin melihat sebuah negara itu pada masa hadapan, lihatlah kepada pemudanya pada hari ini"


Adakah kita mahu pemuda yang terumbang ambing dalam agama menjadi pemimpin kita nanti?
Adakah kita sanggup menerima pemuda yang masanya dihabiskan dengan hiburan dunia semata-mata?
Adakah kita tega dipimpin oleh pemuda yang "memimpin" hanya kerna duit dan nama?
Adakah kita pemimpin jenis ini yang kita mahukan?

Pemuda telah bangkit...
Mereka bangkit dengan menggenggam Islam...
Tidak mahu lagi dicucuk hidung...
Tidak mahu lagi dipergunakan...

Kami pemuda punya kudrat, punya kekuatan, punya semangat...
Kami tidak mahu di akhirat nanti..
Saat Allah menyoal masa muda kami...
Kemana kami habiskan...
Kami ingin masa muda kami digunakan untuk agama, bangsa dan negara...

Kami bukan kanak-kanak...
Kami adalah pemuda...
Namun kami bukan penderhaka...
Kami masih menghormati kaum tua...
Memetik kata-kata seorang saudara...

“Kita dah makan garam banyak mana sekalipun, orang-orang tua dah makan garam lebih banyak daripada kita”
Aku punya respond…. Yup diorang dah banyak makan garam, tapi mungkin zaman sekarang ni bukan zaman orang perlukan garam, tapi zaman orang perlukan ajinamoto! 
Saudara ini juga menulis...
Rasulullah  dan Umar (sahabat yang mempunyai kefahaman paling power) sendiri tidak memandang pada umur seseorang, tetapi memandang kepada kualiti seseorang… sehinggakan seorang pemuda boleh memasuki syura tertinggi Umar, iaitu Ibnu Abbas….Of coz, seperti majoriti orang-orang dewasa sekarang, orang-orang dewasa zaman Umar juga membangkang kerana merasakan Ibnu Abbas terlalu muda…. Semuda anak-anak mereka… Namun Omar membackup Ibnu Abbas dengan pelbagai hujah dan beliau tetap dengan pendiriannya




Nah,
Fikirkanlah wahai pemuda....


P/s: Alhamdulillah, terima kasih Allah kerana memberi kekuatan akal fikiran untuk menulis... ini juga adalah peringatan untuk diriku yang kerdil ini

my playlist