Hari Cik NuNu happy sangat...hati ni berbunga indah...sangat tenang lagi menenangkan...Alhamdulillah, Allah mengurniakan nikmat ketenangan hidup kepada Cik NuNu...hari ni, Sabtu...x banyak activity dilakukan...juz kemas rumah tapi suasana hari ni macam nak raya...ntah la, tapi Cik NuNu rasa tenang sangat....ditambah pula dengan kedinginan dhuha lantaran hujan turun di subuh hari...petang, Cik NuNu attend Miss Lee's language class (macam biasa la)...& macam biasa gak, borink sangat...abes je class, terus menuju ke my golden Cinderella horse-ride yang bernama Cik City tu....hmm, dalam kereta, pasang la radio, sebagai peneman balik Shah Alam...ntah radio pe yang melalak, Cik NuNu pon tukar la channel & pasang IkIm.Fm....Telinga Cik NuNu tertarik dengan perbualan di radio ketika itu...cukup indah dan mendamaikan....bertambah la damai dihati, hihi...slot Baiti Jannati (tapi x tau sape yang b'cakap)...Since Cik NuNu x dengar slot tu dari awal, so I have no idea what is the topic for today....but I guess, the talk talks about some sort of how to upbringing & nurture children from their early life...so, I would like to share the knowledge that I got from the talk (a viewpoint from an ancient teenage who haven't get married and have kids yet)
BAGAIMANA UNTUK MENGASUH & MENDIDIK ANAK-ANAK SEJAK DARI KECIL
1. Kisah Nasi Yang x Habis
Sejak dari kecil, apabila nasi x habis dimakan, anak-anak akan disogokkan dengan ayat berikut (dan seumpama dengannya);
"Nape x habiskan nasi tu? Kesian kat dia, nanti nasi tu nangis"
Dan dalam keterpaksaan, si anak menghabiskan nasi yang x habis tu. Pasrah jela. Akan tetapi, jika sekiranya anak kecil itu sedikit cerdik berbanding kanak-kanak seusia yang lain, dia pasti tidak akan menerima bulat-bulat kata-kata si Ibu yang dirasakan tidak masuk akal. Dia mungkin akan bertanya,
"kenapa pulak nasi tu nak nangis?"
Haa, bagaimana nak menjawab pertanyaan si anak? Adakah kita akan mengambil jalan yang termudah untuk menjawab soalan tersebut tanpa berfikir apa-apa?
"Ish budak ni, banyak songeh pulak...makan jela nasi tu"
"Amboi, menjawab pula dia"
Atau mungkin kita akan menggunakan akal untuk mencari jalan terbaik untuk menjawab pertanyaan tersebut dengan memberikan jawapan that won't make this brilliant sharp-minded little kid to get piss off easily? Untuk membentuk a child with a spectacular character that differs him/her from other kids, a mom (or shall I say, every adults) should provide him/her with a brilliant sharp-minded answer that is easy to be understood.
"Nasi tu nangis sebab dia pon nak masuk syurga dengan Muhammad. Kalau Muhammad x habiskan nasi, nanti Allah marah sebab Muhammad dah bazirkan rezeki yang Allah berikan. Kalau Allah dah marah, macamana Muhammad nak masuk syurga? Sebab tu la nasi tu nangis, sebab dia x boleh masuk syurga dengan Muhammad"
Si anak nanti pasti akan berfikir bahawa setiap tindakan yang diambilnya ada prons & cons...Si anak akan berfikir bahawa penting baginya untuk melakukan sesuatu yang baik dan mencegah daripada melakukan perkara yang mungkar...Secara x langsung, ia akan merangsang sel-sel akal menjadi active dan menggunakan akal kurniaan Allah dengan sebaik mungkin...Lantas, ia akan membentuk sahsiah anak-anak itu nanti.
2. Kisah Dedaunan di Pepohonan
Kisah ini menceritakan mengenai seorang anak yang dibesarkan di dalam sebuah keluarga yang menetap di negara yang tidak dipimpin by Moslem governor. Suatu hari, sewaktu si Ibu meluangkan waktu untuk bersama anaknya, beliau telah menyuruh anaknya untuk melukis sebuah pokok. Di pokok itu nanti, lukiskan juga daun-daun. Daun-daun itu nanti, tuliskan nikmat yang telah Allah kurniakan kepada si anak. If he/she is just a typical & ordinary little kid, mesti dia akan senaraikan nikmat-nikmat seperti,
Memberi mainan, bermain PSP, makan kat KFC, dapat kasut baru, dan sebagainya
Akan tetapi, berbeza situasinya bagi anak ini...dia telah melukis sebuah pokok dan dedaunan kecil, sepertimana yang diminta oleh ibunya. Di daun yang terletak paling tinggi di atas pokok itu, dia telah menulis satu nikmat Allah kepadanya. Si ibu lantas bertanya,
"Kenapa letak nikmat Allah yang ini di daun ini?"
Si anak lantas menjawab,
"nikmat Allah yang satu ini adalah nikmat yang paling utama baginya. Sebab itu nikmat ini ditulis di atas daun yang diletakkan paling tinggi."
(dalam ayat budak2 la ye)
Apakah nikmat itu?
Nikmat itu adalah ISLAM
Lihatlah, bagaimana si kecil ini mampu menggunakan akal yang dikurniakan Allah dengan sebaiknya. Dia mengerti bahawa nikmat dilahirkan dan dibesarkan di dalam Islam adalah nikmat yang paling dinikmatinya. Orang dewasa sekalipun, jika diminta untuk menulis nikmat Allah, belum pasti akan menulis nikmat Islam itu, apatah lagi meletakkan nikmat tersebut sebagai nikmat yang paling tinggi dan utama.
3. Kisah Seorang Anak dengan Bapa Saudaranya
Ini pula kisah seorang anak kecil yang ketika itu berumur 3 tahun dan tinggal bersama bapa saudaranya. Dia sering terjaga dari tidur di malam hari. Maka, sering kali juga dia melihat bapa saudaranya itu memperhambakan dan mengabdikan diri kepada Maha Pencipta di malam hari, saat manusia lain lena dibuai mimpi. Melihatkan anak itu, bapa saudaranya berkata,
"Mahukah engkau menjadi seorang yang memperhambakan diri kepada Allah?"
Anak kecil itu mengangguk.
"Ucapkanlah 3 ayat ini. Allah bersamaku, Allah melihatku & Allah menyaksikanku. Ingatlah dan tetaplah engkau dengan ayat ini sekalipun engkau telah melangkah ke alam yang kekal abadi."
Diajarkan kepada anak kecil itu untuk dihafal sedikit demi sedikit. Pada permulaan, disuruh anak itu megucapkan 3 kali sebelum tidur, kemudian 7 kali, kemudian 10 kali dan bilangan itu bertambah dari tahun ke tahun. Semakin kerap anak itu mengucapkan ayat tersebut, semakin dia berasa dekat dengan Allah dan semakin dia takut untuk melakukan maksiat & dosa. Ini kerana dia sedar bahawa ALLAH SENTIASA BERSAMANYA, ALLAH MELIHATNYA & ALLAH MENYAKSIKANNYA. Anak itu kemudian membesar menjadi seorang ulama yang handal dan zuhud.
Lihatlah bagaimana anak-anak ini dididik dan dibesarkan dengan cara disematkan ke dalam hati mereka kecintaan kepada Allah, dan bukan sekadar syariat semata-mata. Ibubapa hari ini, lebih mementingkan syariat semata-mata, seperti hukum halal, haram, makruh dan sebagainya. Sebab dan consequences of those syariat tidak dijelaskan secara jelas kepada anak-anak, maka anak-anak yang dididik itu membesar dengan cara menerima bulat-bulat ayat yang keluar dari mulut orang lain...semoga, entry Cik NuNu kali ini akan membuka mata kita dan menggerakkan sel-sel otak kita untuk berfikir, sekalipun kita masih belum berkahwin dan mempunyai anak....kerana tugas mendidik bukan hanya terletak dibahu ibubapa semata-mata.