Blogger Layouts

Friday, February 24, 2012

Kita Adalah Khalifah

Bismillah...

Alhamdulillah...

Kerana Allah masih membenarkan CiK NuNu menghirup udaraNya...



Alhamdulillah...
Kerana Allah masih memberikan rezeki kepada CiK NuNu...



Alhamdulillah...
Kerana CiK NuNu masih dapat merasakan nikmat & kasih sayang Maha Penyayang....



Alhamdulillah...
Kerana CiK NuNu lahir dalam keadaan Islam...
Kerana CiK NuNu membesar sebagai seorang yang beragama Islam...
Kerana CiK NuNu mempelajari apa itu Islam...



Alhamdulillah...
Kerana Islam membentuk siapa CiK NuNu sekarang...



Alhamdulillah...
Kerana lahir sebagai umat Nabi Muhammad SAW...

Alhamdulillah....

Membandingkan diri ini yang kotor lagi hina ini...
Dengan mereka yang masih belum menerima sinar Islam...
Membuatkaan diri ini sangat bersyukur...
Semoga diri ini diambil dalam keadaan khusnul khotimah...
Pengakhiran yang baik, yakni sebagai seorang Islam...
Yang bertuhankan Yang Satu...
Yang bersaksikan Muhammad yang terpuji...
Ameeen

Namun...
Menjadi seorang Islam bukan hanya terletak pada nama...
Pada kad pengenalan atau pada passport...
Ia memerlukan kita menjadi seorang khalifah...
Sebarkan Islam, agama yang membawa keamanan...
"susah la nak cakap pasal Islam dengan orang yang x faham Islam langsung ni."
Susah??? Memang susah...
Sebab nak dapatkan syurga pon bukan senang...
Tapi rasanya senang lagi bercakap pada mereka yang...
X kenal Islam langsung...
Berbanding mereka yang tahu tentang Islam...
Yang beragama Islam...
Tetapi menolak cara hidup dan pemikiran Islam...

CiK NuNu suka berbicara tentang Islam...
Pada orang yang bukan Islam...
"Eh, kan susah tu nak cakap dgn orang cam tu... diorang dah la ada agama sendiri... dah tu, diorang suka fikir yang Islam ni kolot dan ganas."
X semestinya...
Memang diorang ada agama sendiri...
Tapi agama sekadar atas IC je...
Tapi x faham pon agama mereka...
Lagipun, agama yang diterima disisi Allah...
Hanyalah agama Islam...
Jadi cubalah tarik mereka untuk cintakan Allah...
Bina kepercayaan mereka bahawa hanya ada 1 tuhan...
Allahu ahad

X semua orang pandang hina Islam...
Tapi x juga dinafikan ada ramai yang memandang Islam ganas...
Tapi, melalui akhlak yang kita sebagai orang Islam...
Mencontohi akhlak kekasih Allah...
Hati-hati mereka pasti akan cair...
Kalu tidak hari ini, pasti esok...
Kerana hidayah itu milik Allah...
Dan hidayah tidak datang bergolek...
Hidayah perlu dicari...


Berhadapan dengan non-muslims...
Dan berbicara tentang Islam...
Sememangnya memerlukan kekuatan...
Kerana mereka seringkali bertanyakan pelbagai soalan...
Kadang-kadang sampai kita x mampu nak jawab...
Dari sekecil-kecil soalan, sehingga sebesar-besar perkara...
Dari soal akidah sehingga soal sirah...
Yang penting, persiapan mental...
Walau kita x mampu jawab soalan tu...
Jujurlah dalam kata-kata...
Kerana kejujuran adalah akhlak yang mulia...
Siapa tahu melalui kejujuran, hati mereka akan tertaut...

Pengalaman bercerita tantang Islam...
Pada teman-teman sarjana....
Yelida, Sebestien, Armstrong, Ola, Van, Kelly, Molly...
Adalah pengalaman yang amat menyeronokkan...
Patutlah sahabat pada zaman nabi suka berdakwah...
CiK NuNu x dapat menggambarkan bagaimana keseronokan itu...
Mungkin sesiapa yang mengalaminya sahaja yang memahami...

Mengetahui mereka melihat Islam dari sudut pelbagai sudut membuka mata ini...
Terdapat beberapa kata-kata mereka yang menarik perhatian CiK NuNu...

Armstrong berkata yang dia suka bila orang Islam bangun solat subuh...
Tapi ramai orang Islam liat nak bangun subuh bukan...

Yelida cakap the way kita melihat kehidupan dan masalah adalah totally berbeza dengan mereka...
Kerana "hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah yang satu"

Ola, mangsa perceraian...
 Yang ibunya seorang kristian dan bapanya seorang muslim
 "I know ramai orang Islam x sembahyang...coz my father don't"
CiK NuNu tersentap... 

Kelly, seorang wanita China yang suka bertanya...
"Kenapa Islam kena makan makanan halal??? 
And what is halal???
Makanan bersih dan diperoleh dari sumber yang bersih itu...
Membentuk siapa kita dan bagaimana akhlak kita...

X pelik kalu orang-orang barat ini...
Suka mempelajari tentang Islam...
Kerana Islam itu berbeza...
Semoga mereka mendapat hidayah untuk memeluk Islam...
Dan semoga kita semua sebagai seorang Muslim...
Menunjukkan perilaku seperti mana seorang Muslim selayaknya... 



p/s: teringat satu episod dalam Law Kaana Bay Nanaa... "saya mempunyai ramai kawan-kawan Muslim, tapi tiada seorang pon pernah bercerita tentang Islam kepada saya'... Jom sebarkan Islam ^_^


Where Am I Now???

Bismillah...


Looking back...
Where am I now???
Am I on the right track???


p/s: belum pon smpai separuh perjalanan, dah rasa letih sgt... nak bersara la cam ni...boleh???
^_^

Siapa Saya???

Bismillah...

Siapa saya???


Saya seorang muslim...
Dilahirkan sebagai seorang muslim...
Dibesarkan dalam sebuah keluarga muslim...

Dalam cara hidup seorang muslim...
Muslimkah saya???


Hanya kerana saya seorang muslim...
Dibesarkan dalam keluarga muslim...

Dibesarkan dengan cara hidup muslim....
Tidak bererti saya benar-benar muslim yang selayaknya...
Sekiranya tidak menjalankan tanggungjawab sebagai seorang muslim....
Iaitu menjadi khalifah dan menyebarkan risalah Islam...
Dan bukan sekadar membawa nama "islam" didalam kad pengenalan...

Hidup dibumi Ireland...
Mendidik CiK NuNu menjadi seorang muslim...
Diasak dengan pelbagai cabaran disetiap sudut...

Dengan berbezaan agama...
Dengan cara hidup yang pincang...
Dengan kerosakan akhlak dimana-mana...
Dengan kebangkitan semula kaum Nabi Lut...

Jujurnya, CiK NuNu sangat risau...
Risau dibawa arus Syaitan Laknatullah...
Lantas, CiK NuNu cuba menjauhkan diri...

Namun...
Sejauh mana pun diri ini berlari...
Dugaan masih bisa memintas...
Diasak dengan pelbagai persoalan...

Persoalan tentang Islam...
Membuatkan diri ini bertanya...

Siapa saya???

Adakah saya seorang muslim???
Apakah saya benar-benar Islam???


Siapa saya??



Monday, February 13, 2012

Nak sambut sangat kan...

Bismillah...

Bulan februari...
Bulan paling orang yang dilamun cinta suke kan...
Serabut la dengan Valentines Day ni...
Semak tau x...

Yang nak g sambut sangat tu nape???
Kat ireland ni pon x meriah sambutan macam kat malaysia...
X tau la nape orang kte suke sangat dengan budaya barat...
Pening2...

CiK NuNu kat sini...
X sedar pon ada Valentines Day ni...
Sedar2, sok dah 14 feb...
Bosan betul bile macam2 post pasal benda ni kt FB...
Semak je...
Cakap dah berbuih...
Tapi kalu x paham gak, x tau la...

p/s: suke bila ada sambutan macam ni sebab ada sale...shopping lagi..hehe

Saturday, February 11, 2012

Mengintai Orang Sebelah

Bismillah....

Cube korg intai orang sebelah umah korg...
X ada umah???


Pegi la intai orang sebelah bilik korg...
X ad bilik???
Intai la plak orang sebelah katil korg...
Sihat ke die???
Sakit ke die???


Sedih ke x???
Dah makan ke belum???

Time kte tgh makan besar sampai x ingat dunia...
Ntah2 die tengah kebulur sorang2...


“Tidak sempurna iman 
Jika kau tidur dalam kekenyangan 
Sedang jiran tetanggamu 
Menangis kerana kelaparan” 
~ Al-Hadis ~ 


Kita kan saudara...

Rajin2 la jenguk diorg...
Jaga hubungan sesama saudara tu...

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx



“Tidak sempurna iman 
Jika kau tidur dalam kekenyangan 
Sedang jiran tetanggamu 
Menangis kerana kelaparan” 
~ Al-Hadis ~ 

Dua kata yang berbeza 
Dicantum menjadi satu 
Tetap tidak kan sama maksudnya 
Berlain sifatnya, nilainya, hikmatnya 
Sendu dan sendawa 

C/O 
Adakah kau tahu 
Siapakah mereka jiran tetanggamu 
Pernahkah engkau melihat 
Apakah dalam sendu atau sendawa 
Kenalilah dan bertegurlah sapa 
Dengan akhlak yang mulia 
Hidup berjiran susah dan senang 
Suka duka dirasa bersama 

Hak tetangga berkenal bermesra 
Hak tetangga menggembirakannya 
Hak tetangga bertanya khabarnya 
Makan minumnya semua 

Kenalilah jiran kita 
Hormatilah kita sesama kita 
Hormatilah jiran kita, bersaudara… 

Hak tetangga menutup aibnya 
Hak tetangga doakan mereka 
Hak tetangga menjaga hartanya 
Sakit demamnya 

Hormatilah jiran kita 
Kita sesama kita 

Bersaudara ibarat pohon tumbuh merendang 
Jadi teduhan musafir lalu 
Hujan dan panasnya 

Bersaudara ibarat tubuh manusia 
Satu anggota terasa sakit 
Sakitlah seluruh anggotanya

Wednesday, February 8, 2012

Pak Guard, Cleaner, Drebar Taxi

Bismillah...

Pak Guard, Cleaner, Drebar Taxi...
Pe plak yang CiK NuNu nak citer ni kan...


Ni nak citer sket...
Mentaliti pemikiran orang kite...
Kalu orang sebut je pasal...
PAK GUARD, CLEANER, DREBAR TAXI ni...
Mesti ingat orang miskin, x ada pelajaran kan...
(termasuklah CiK NuNu sendiri...heheh)

Tapi CiK NuNu silap...
Diorang2 ni sume bukan miskin & x ada pelajaran...
Bahkan lagi berilmu dari kte2 ni yg konon2 berilmu...

Bumi Dublin ni mengubah mentaliti CiK NuNu...

Dalam x sedar, CiK NuNu dikelilingi oleh orang2 sebegini...

Ada kawan drebar taxi...
Ada kawan keje security (hensem tau, hihihi)...
Ada kawan keje tukang kasut je...


Tapi diorang bukan orang biasa2...
Diorang ni adalah bakal graduan Sarjana...

Bukan calang2 orang...


Ini membuatkan CiK NuNu berfikir...
Kalu kat Malaysia, memang x maen la keje2 cam ni...
Kalu dah ada degree...
Paling koman, nak la jadi eksekutif kan...

Keje kat tempat ada aircond....
Btol x???

Jadi, pe sebenar'y niat untuk menuntut ilmu tu???

Lillahi ta'ala???
Ke sebab nak keje besar???

Nak jadi orang besar???
Pe kata kte betul'n niat kte tu...

Ubah mentaliti masyarakat kte...
Most important, ubah pemikiran kte dlu...

Ok kawan2....


p/s: Post ni dikarang sewaktu x masuk class sebab lupe class start awal sejam... (T_T)

Sunday, February 5, 2012

Salam Maulidur Rasul

Bismillah...

Salam Maulidur Rasul...

Jom perbanyakkan selawat ke atas Nabi ye..

Allahumma solli'ala saiyidina Muhammad...
Wa'alaa ali saiyidina Muhammad...



Alhamdulillah...
syukur kepada Allah...
Kerana kita dipilih untuk menjadi...


Umat yang paling beruntung di akhirat kelak... 
Umat kepada orang yang paling Allah kasihi...

Manusia yang paling berpengaruh didunia...

Manusia yang paling mulia seiisi alam...
Manusia yang paling elok budi pekertinya...
MasyaAllah...
X terbayang indahnya Nabi Muhammad SAW...


CiK NuNu ingin sekali melihat junjungan mulia, Nabi Muhammad SAW...
Semoga kita semua dapat berjumpa dengan baginda...


Dan semoga kita semua m'dapat syafaat dari baginda Nabi SAW...
Amin...




Mesti meriah kan suasana Maulud Nabi di Malaysia...
Kat Dublin, x terasa papepon...


Kat Malaysia, cuti pon dapat kan...
I wish esok cuti...
But what to do...
I have class to attend...


X pela, belajar tu kan ibadah...
Perbaharui niat...

InsyaAllah, akan ada barakah dalam setiap perbuatan...
Bersyukur dengan setiap nikmat yang Allah beri...
Semua nikmat, alhamdulillah..
Setiap kesusahan juga alhamdulillah..
Kerana Allah masih menyayangi kita...
Rasulullah SAW sendiri diberi dugaan & cubaan yang paling kuat...
Kerana baginda adalah manusia yang paling Allah sayang...

my playlist