Blogger Layouts

Tuesday, February 15, 2011

10 minutes to 12 a.m


10 minutes to 12 am…so I have only 10 minutes to post anything….i’ve decided to post about my worries on my ongoing project paper…x tau camane nak buat dah…tajuk dah banyak kali kena reject…dah puas dah defend my tajuk but still advisor nak reject….pasrah jela and just do what she said…suruh buat about proses and I don’t know what on the earth she’s suggest about…. Grrrrrrrr….tajuk pon x ada proper ayat lagi…. literature review??? Haram, x tau pon nak construct sentence camane…. All the basics dah siap, tinggal LR je…. Senior cakap, copy and paste je…tapi x kan la nak copy paste bodo2… kena gak ada material but I’ve searched everywhere, material memang x banyak…. Ya Allah, tolong la permudahkan urusanku ni…janganlah advisor tolak tajuk ni lagi dan harap2 ak dah berada di atas jalan yang advisor expect me to be on…..aminnnn….. papehal pon, just follow the flow…. -_-

Thursday, February 10, 2011

Funny story

Suatu pagi seorang anak yang baru masuk sekolah primary bertanya kepada daddynya,

'Daddy.daddy .... sex tu apa, daddy ....?'

Terkulat-kulat si ayah. Terfikir dia tentang arus kemodenan zaman sekarang yang membuatkan manusia berfikiran terbuka, termasuklah anak-anak yang masih kecil. Sesuai dengan konsep pendidikan seks yang sedang hangat dibincangkan, mulalah si ayah mencari-cari jawapan yang sesuai dengan harapan anaknya takkan tertinggal dalam arus pendidikan moden.

Maka si ayah pun memberikan jawapan secara mengkiaskan kumbang dan bunga, telur yang yang menetaskan berudu dan seterusnya menjadi katak, hujan serta benih yang mencetuskan tunas, diikuti dengan pembentukan bayi dalam kandungan.

Sebelum mengakhiri jawapannya itu, si ayah menyelitkan pula kisah percintaan antara dia dan mamanya sejak dari zaman sekolah menengah lagi hinggalah kepada kelahiran seorang bayi comel iaitu si anak yang bertanya itu. Tiba-tiba si anak menangis teresak-esak. Si ayah kehairanan.

'Eh kenapa ni?'

Si ayah bertanya kehairanan. Si anak masih juga menangis.

'Jawapan daddy tu panjang sangat, tapi tempat nak tulis jawapan ni pendek. Daddy ajalah yang tulis, waaaaa!!!!'

Kata si anak lantas menyerahkan buku latihan Bahasa Inggerisnya yang pada muka depan tertulis.... ..

SCROLL DOWN ....












NAME: ___________________
SCHOOL: _________________
CLASS: ___________________
SEX: ______________________








sumber : 1001 Rahsia diri




tips bertemu BAKAL MERTUA

hehehe...tips bertemu bakal mertua??? eeee, seram kot...tp macam best je nak share kat sini...since i'm dah masuk club20+, kena la amek tau kan....untuk future life la katakan....kat bawah ni ada 8 tips yang boleh membantu untuk membuat preparation before meeting your soulmate's parent...enjoy it

Tips ini khas untuk si teruna dan dara. Especially.. bagi yang sudah mempunyai "kekasih" dan merancang untuk bertunang atau pun mendirikan rumah tangga dalam masa yang terdekat ini, iaitu, tips bertemu dengan bakal ibu & bapa mertua.

Pertemuan dengan bakal mertua ini sememangnya penting dan amat mendebarkan, lebih-lebih lagi jika ia adalah merupakan pertemuan kali yang pertama. Seperti yang orang jawa selalu kata.. "first impression is important", eh orang jawa kata ke?.. Tak kisahlah.. yang penting inilah masa yang agak genting untuk menentukan sama ada anda akan di sayangi ataupun kurang disenangi oleh bakal mertua anda. Jika kali pertama berjumpa pun bakal mertua anda sudah kurang senang dengan diri anda, pastinya, perjalanan anda untuk hidup bersama dengan anak mereka akan menjadi sedikit sukar. Jadi, pastikan anda melakukan yang terbaik sewaktu perjumpaan kali pertama dengan bakal mertua anda.

Tips #1 : Masa

Antara waktu yang paling sesuai untuk pertama kali bertemu dengan bakal mertua, adalah pada hari-hari keraian dan "bersempena" seperti pada hari raya, hari kenduri, ataupun sempena apa-apa majlis dimana, tuan rumah (bakal mertua anda) mengalu-alukan kedatangan anda.

Berbanding, jika anda datang ke rumah bakal mertua anda, pada hari-hari biasa... lebih-lebih lagi, jika kedatangan anda itu tidak dimaklumkan terlebih dahulu oleh bakal mertua anda pastinya keadaan akan menjadi sedikit janggal.

Jadi, elakkan datang berjumpa dengan bakal mertua anda secara tiba-tiba atau pun atas desakan kekasih anda semata-mata. Itu bukanlah suatu cara yang elok, walaupun niat hati kekasih anda adalah murni, iaitu hendak memperkenalkan anda dengan ibu-bapanya.. tapi pastikan ia dilakukan dengan penuh tertib dan bukannya secara mengejut atau pun "surpriseee".

Silap hari bulan... anda yang akan "surprise".


Tips #2 : Pakaian

Bagi lelaki, jangan sesekali datang dengan baju t-shirt yang mempunyai gambar "tengkorak berdarah"... kemudian.. datang pula dengan segerombolan rakan-rakan "mat motor" anda.. fuh.. silap-silap kena reject pula anda nanti. Seelok-eloknya. kenakan baju kemeja lengan pendek beserta dengan seluar slack.

Bagi perempuan pula.. sudah semstinya baju kurung sudah kelihatan agak sopan. Saya kira tiada masalah bagi perempuan dari segi pemakaian.

Saya tahu.. mungkin anda kurang selesa dengan baju berkolar atau pun baju kurung. Tapi.. seperti yang saya nyatakan tadi, first impression itu penting. Berikan keyakinan kepada bakal ibu & mertua anda bahawa anda adalah seorang yang matang dan bertanggungjawap. Biar tenang dan sejuk sedikit hati bakal mertua anda melihat anda. Barulah lega sedikit hati mereka nak melepaskan anak mereka kepada anda.


Tips #3 : Topik perbincangan

Satu masalah yang seringkali dialami apabila kali pertama bertemu dengan bakal mertua.. ialah masalah mengenai "topik perbualan", maklumlah, anda orang muda, manalah tahu sangat nak bual-bual dengan orang yang lebih tua, lebih-lebih lagi jika anda semamangnya adalah seorang yang pendiam. Fuh!!.. ini memang agak kritikal, takkan anda hanya ingin berdiam diri sahaja? Apa topik yang sesuai untuk dibualkan yer?. Saya dahulu pun mengalami masalah ini.. tak tahu apa yang hendak dibualkan apabila bertemu dengan bakal mertua saya dahulu. Sudahlah saya ini seorang yang pemalu dan pendiam.. bakal mertua saya tu pun sama.. jenis pendiam juga orangnya, Oh!.. memang sunyi sepilah sewaktu pertemuan itu nanti.

Jadi, disini, saya nak bagi satu tips (alangkah baiknya jika saya tahu tips ini sebelum bertemu bakal mertua saya dahulu) . Jika anda adalah seorang yang pendiam dan tidak tahu apa topik yang ingin dibualkan dengan bakal mertua anda nanti.. pastikan, sebelum anda datang kerumah kekasih anda. Tanya kekasih anda terlebih dahulu.. apakah perkara yang diminati oleh ibu bapanya?. Adakah mereka minat memancing? Minat bola? minat kereta? minat berkebun? berniaga?.. atau paling mudah.. ketahui, apa pekerjaan ibu bapa kekasih anda.

Dari situ.. maka.. bolehlah anda membuat sedikit kajian dan bacaan berkenaan perkara-perkara yang berkaitan dengan ibu-bapa kekasih anda itu. Jika ibu-bapa kekasih anda itu guru.. maka.. anda kenalah ambil tahu sedikit isu-isu berkaitan dengan guru sekarang ini seperti kes buli pelajar ke.. isu -isu yang berkaitan dengan pendidikan ke.. atau apa-apa sahaja isu yang berkaitan.

Saya tahu.. mungkin anda kurang minat dengan isu-isu tersebut.. tetapi.. untuk menambat hati bakal mertua anda.. anda perlu tahu serba sedikit tentang perkara-perkara yang bakal mertua anda minati. Barulah boleh "mahsyuuukkk" orang kata. Tetapi.. jika pekerjaan bakal mertua anda adalah pegawai penyelidik kimia dan anda sememangnya tidak tahu apa-apa langsung tantang kimia. Maka.. bincangkanlah isu-isu umum.. seperti.. cuaca.. jerebu.. kuih raya.. buat sendiri ke beli.. jualan murah.. dan sebagainya. (sebab itulah saya cadangkan anda berjumpa sewaktu menyambut hari raya.. banyak sikit idea boleh dibualkan). Walau apa-apa pun isu yang anda bualkan nanti.. pastikan anda bersetuju dan bersependapat dengan kenyataan-kenyataan serta ayat-ayat bakal mertua anda itu. Ini bukanlah waktu yang sesuai untuk anda berbahas dan menunjukkan kehebatan anda berpidato... bak orang kata.. "angguk"kan sahaja selagi mana ia tidak bertentangan dengan syariat agama.

Tips #4 : Rajin-rajinkan diri

Jika lelaki, kedatangan ke rumah bakal mertua lebih sesuai dengan duduk dan berbual-bual. Tetapi bagi perempuan, jika anda datang ke rumah bakal mertua anda, tunjukanlah sedikit kerajinan anda. Mungkin anda boleh ke dapur membantu memasak atau membuat air ataupun membasuh pinggan mangkuk selepas makan (sesuai jika kedatangan anda sememangnya dijemput khas untuk makan tengahari atau malam bersama keluarga bakal mertua anda). Yer.. mungkin cara ini agak kelihatan seperti ke"kampung"an sedikit.. tetapi.. hasilnya tidak pernah mengecewakan.. :). Tak percaya? Anda boleh cuba...

Sumber Asal:
Mohd Suhaimy Abu Bakar
www.maskahwin.com

8 tempat mencari pasangan

post kali ni santai sket...bukan sket,banyak kot...hehehe..hmm, ni ak amek dari 1 blog ni...
seronok gak kalu share...so, baca la ye... ^_^

selalu tak korang mengeluh camni

"hai,apalah nasib aku ni.nak kata tak cantik,rasanya ramai lagi yg kurang cantik daripada aku,Tapi mereka tu ada juga teman lelaki..aku ni,sorang pun tak nak!!,"

ha.. ni ade 8 lokasi mencari pasangan...

laki pompuan dua2 boleh

1.Perpustakaan-Bagi yg masih belajar,tmpt ini pastinya memberikan peluang kpd kamu ntuk mencari pasangan.kata orang"sambil menyelam sambil minum air"

Bagi yg lelaki,ape kata kamu beranikan diri "approach"
gadis yg kamu suka.hulurkan salam persahabatan dgn sopan dan ikhlas.tentu si gadis tu takkan marah.Perempuan ini tak kisah kalau lelaki bersopan dgn mereka.

Lainlah kalau kamu bersiul dan mengusik mereka.silap hari bulan,kamu makan penampar!



2.Pusat Boling - salah satu tempat yg di gemari oleh remaja.ha,apa kata kamu ajak teman-teman pergi bermain boling.kalau tak main pun,tumpang tengok jadilah.mungkin cinta kamu akan berputik di pusat boling??



3.Pusat beli-belah =Pasti ramai yg tidak percaya.tetapi yakinlah ada di antara kita yg mendapat pasangan di pusat membeli belah.tidak mustahil ini juga berlaku kpd kamu.oleh itu,rajin-rajinlah mengunjungi pusat membeli belah untuk"window shopping" atau menonton wayang.mana tahu mungkin kamu di pikat di sana.. ^_^


4.tempat seminar/camping = kita sering terdengar kawan2 kita bertemu dgn pasangannye sewaktu menghadiri seminar/camping.mungkin perkara yg sama berlaku kpd kamu.selalunya aktiviti ini turut melibatkan orang lain di luar sekolah.jadi apabila kamu di beri peluang untuk menghadirinya,jangan menolak.mana tahu kamu akan mendapat pasangan hidup mu di sana.menghabiskan masa selama beberapa hari bersama pasti akan membuka ruang untuk kamu mengenali lebih ramai orang.
T_T

5.Internet = wah!Ini adalah peluang yg paling luas sekali kini.ramai di antara kamu yg mendapat pasangan melalui cara ini.cubalah kamu melayari internet untuk berchatting,manalah tahu rezeki kamu untuk bertemu dgn pasangan melalui internet.tidak kurang juga perkenalan melalui
"chatting" boleh membawa ke jinjing pelamin.lekas..cubalah siapa tahu rezeki kamu.kata orang'tuah ayam nampak di kaki,tuah manusia siapa yg tahu'tapi awas!bnyk juga yg penipu.
selamat berjaya!

6.kenduri kahwin = pasti ade yg gelak bila baca tips ini..tapi banyak yg berkesan tau!pasti ramai yg akan menghadiri majlis perkahwinan.jadi rajin-rajinlah diri memenuhi undangan jemputan perkahwinan.selain mendapat pahala,siapa tahu kamu akan terpikat dengan seseorang di sana nanti??wow!!

7.Pejabat/sekolah = sesekali kamu perlu di tonjolkan diri agar diri kamu menjadi perhatian ramai.dah kenal barulah cinta kan??jadi cubalah menyertai sebarang aktiviti yg di anjurkan oleh organisasi sekolah kamu agar kewujudan kamu akan di sedari..contohnya sukan,kelab, dan sebagainya.pasti ada yg tertarik dengan kamu nanti.

8.kafe=daripada kamu terperap di rumah.apa kata kamu ajak teman-teman lepak di mana-mana kafe.kalau mampu pergilah ke kafe yg eksklusif.tentu yg melepak di situ juga yg best-best.siapa tahu ,tiba-tiba saje kamu mendapat nombor telefon daripada mamat yg duduk di meja sebelah kamu??


heh..cuba lah!~semoga berjaya~~

DATC

Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC) secara rasminya dibuka hari ni~10 Februari 2011...DATC??? what's that??? ha, ni la dewan baru uitm yang dibina when i'm on my 2nd semester...dan program pertama yang diadakan in tis hall is academic conference attend by all lecturers in UiTM shah alam...seronok la student2 bcoz there will be not class for 2 days!!! ...dulu, my friends and I selalu tertanya-tanya bila la dewan baru ni nak buka...sebab konvokesyen akan diadakan in this hall and not Dewan Budiman anymore...Alhamdulillah, tercapai gak hajat kitorang nak berKONVO in this new hall....

Wednesday, February 9, 2011

Ghost Story

Tadi ak baru je habis baca post ni...ak baca kat FB ak la...seram btol ak rasa....mengikut cerita kawan-kawan ak, ni memang true story....sebab these boys pernah stay kat umah ni sekejap...lepas tu, tup2 ak dapat tau these fellows dah moved....masa tu ak x tau la cerita sebenar plus ak malas nak amek tau....but then, baru diorang admit...ak story la pada my mum and die pon tau pasal cerita ni from my dad....ak ad buat copy...so, enjoy the story....
^_^


9 tahun lepas aku dpt smbung bljar kt uitm shah alam. So,perkara pertama yg kna fikir ialah aku nk duk mn sbb ak xdpt hostel. Oleh sbb kerajinan & keperihatinan yg ada kt aku n kwn2,maka dpt le aku ngn kwn2 aku umah sewa.....dekat2 area seksyen 2. Berhampiran ngan wet world [kalo korang tau la].

Uma tu bunglow 2 tingkat ngan 4 bilik. 3 bilik kt atas n 1 bilik kt bwh. Kitorg semua berlapan,kiranya 2 org utk 1 blk la. Aku ringkaskan je la,kitorg msuk umah tu ngan perasaan berbelah bahagi. best, suke, pelik, rimas, takut semua ada.

Pertama,tuan umah hanya amik rm50 je sbg deposit n sewa prtama hanya byr bile msuk bln kedua kami duduk uma tu. Kiranya bln prtama ni free la....[?]
Kedua,tuan umah x bg kitorg bwk brg bnyk2 sbb nnt pnat nk angkat blk katanya...
Ketiga,pokok ara tepi umah tu bsr sgt smpai dahan dia bleh msuk kt tingkap blk atas.

Mlm pertama duk uma tu kitorg xtido sbb sibuk punggah n kemas brg+lyan dvd korea . Citer seramnya start ms hari kedua. xpayah nk tunggu mlm,siang2 pon kitorg dah kna kacau. Azmi "dagu" org first kena.

Ms tu br kol 10.30pg [anggaran aku la], si Azmi ni bgun nk memerut. So dia g la toilet bwh tu tp dlm toilet ada org [sbb pintu tutup]. Toilet atas plak rosak, tuan umah kta nnt dia btulkan. Tunggu punye tunggu, xkuar-kuar org dlm tandas ni. Jd Azmi ni memekik la soh cpt sket kuar sbb dia xtahan. Akibat jeritan c azmi ni, abis satu umah bgun gi tengok peehal. Yg peliknya, kitorg berlapan smua ada, abih tu sape yg kt dlm tandas ni? Pintu toilet lak berkunci siap ada bunyi org flush jamban lg.... Dlm reramai ni,Lan sorg je yg berani sket [mgkin psl dia ni keturunan bugis kot], dia g rentap pintu toilet tu smpai trbukak. Xde org tp dr kesan yg ad,pintu tu mmg dikunci dr dlm. Last2 si azmi xjdk berak...mngkin psl takut kot.

Mlm tu kitorg kna lg teruk.

Ms aku nyenyak tdo mlm tu tetiba jek ad org tarik dua2 belah kaki auk sampai jatuh dr katil. Kepala aku terhentak dulu kt lantai!! Ape lg,hangin la aku sbb ingat bdk2 nk wt pedajal kt ak tp bl aku bangun xde org plak. Yg ad cume c Lan yg ngah membuta kt katil atas. Ak x rs Lan yg buat sbb confirm dia tdo mati. Bl ak kuar bilik, ak dgr bdk2 ngah ketawe. Rupenya diorg ngah layan dvd kt hall bwh. Ak pon msuk blk balik sbb still bingung lg tp br ak terperasan ms ak ngah jengah kebawah td ak perasan Lan ada!! Bukan ke td ak nmpk dia ngah membute dlm bilik? Ahh suda...
Dgn perasaan berani2 takut ak tgok atas katil Lan ada bonjol bwh selimut,kiranya mcm ad org la. Ak tarik kain selimut tu n guess what? ad batu nisan yg da retak2 dn otomatiknya blk ak diselubungi bau hapak+hanyir yg sgt2 kuat.

Ms ni korg jgn tnya ak la ape aku buat sbb kalo menda ni jdk kt korg pon xkan korg nk stay lg dlm blk tu btol x? Ak rs kaki ak da x jejak tanah da sbb lari laju sgt. Aku lari kuar dr bilik tu & g ke hall sbb nk gtau member2 ak la kononnya tp yg mcm haram jadahnya member ak sorg pon da xde kt hall. Nk tau diorg kt ner? semua da duduk kt luar umah!! Rupanya diorg awal2 lg da kna kacau. Yg lakhanat nye, xde sorg pon kejutkan ak....taik betol diorg ni.

Lepas diorg tenangkan aku, kitorg decide nk buat ape skang sbb skang ni da pkul 3 pg. Nk mtk tlg tok imam,umah tok imam pon kitorg xtau. Nk mtk tlg jiran, kiri kanan umah kitorg cina. Last2 salleh ajk lepak restoran hakim jek smpai pg. Bunyinya mcm senang tp memasing semua xpakai baju pastu pakai boxer ngan kain pelikat jek. Mau x mau trpaksalah jgk kitorg msuk uma tu balik sbb nk amik suar, wallet n kunci motor.
Oleh sbb bilik c Bob ngan Naim je yg kt bwh, maka kitorg decide le nk pinjam baju n suar dia. Masing2 tkut nk naik tingkat atas. Wallet pn ak tinggal. Masing2 pakat gn duit naim lu. Nasib baik kunci motor kitorg sangkut kt dinding [tmp penyangkut]. Ms nk kuar dr rumah tu, Wak plak perasan ad bdk pompuan kt pintu dapur ngah senyum sambil babai tgn kt dia. Yg ak plak bole trperasan bdk tu jgk sbb ak tgk muka wak da kejung+pucat lesi. Sekali bdk tu senyum rs mcm nk trkincit dlm suar la... Kepala lutut ak menggigil sampai kt restoran hakim!!!! 


Lepas smp kt restoran hakim tu,memasing sibuk buka cerita trmasuk ngan ak skali la. Memula Wak cerita la,mlm tu lebih kurang kol 12 lebih,dia sibuk download lagu tetiba ad bunyi mcm org baling batu kt tingkap bilik dia. Bl dia jengah,dia nmpk ad sorang pompuan duk kt atas pokok kayu ara sblh umah tu,pakai bju putih + kekuningan+ koyak2+ rambut panjang. Yg sadisnya,pompuan huduh tu boleh senyum kt dia plak. Wak ni ape lg tutup tingkap bilik dia n terus nk kuar g bilik ak la kononnya. Malangnye, lg sekor plak hantu duk kt dpn pintu bilik dia tp kali ni antu budak. So dia amik keputusan terjun dr tingkap bilik dia ke bawah. Akibatnya, kaki dia terkehel. Nasib baik jek xpatah.

Azmi "dagu" plak cter la yg dia nmpk ad bdk pompuan babai tgn kt dia[yg ni, ak pon kna gak ok]. Ak confirm yg bdk ni bkn manusia sbb ak tgk kaki dia xde!! Sam plak cter dia nmpk hantu tu kt siling umah! Bile buka mate jek, antu tu bebetol "eye to eye" ngan dia. Kiranya memasing semua kena kacau la ni. Dan ak org yg last cerita.

Ak ckp la yg aku kna tarik dua2 kaki ms tido smp kepala ak terhentak kt lantai. Pastu ak ckp le yg ak nmpk diorg ngah layan dvd kt hall tp c Azmi tetiba nyampuk "bile ms plak kitorg tgk dvd ni?". Rerupanya xde sorg pon yg tgk dvd pg tu!! Dah tu, sape yg ak nmpk? haru betol.....kaki aku yg dr td menggigil makin brtambah kuat menggigil.

Ngah sibuk2 berborak,aku terbau sesuatu yg kurang enak. member2 ak yg lain pon bau gak. Rupanya si Azmi ni td da terkencing dlm suar sbb takut sgt. Nasib baik mlm tu xramai sgt org kt Restoran Hakim tu. Malu betol. Ak plak bleh ternampak si Sam pakai selipar sebelah lain. Dr sibuk2 cter seram terus jdk cter klakar plak.

Tengah sibuk2 ketawe, br kitorg perasan yg si Salleh ngan Naim xde ngan kitorg. Yg ad cume kami berenam. Ak, Azmi dagu, Sam banjar,Wak, Bob ngan Lan. Dlm ramai2 tu cuma Bob sorg jek yg bwk hp, so kitorg try call Naim tp xde org angkat. try call Salleh plak, sama gak xde org angkat. Pastu Lan amik hp Bob tu, dia bc apa ntah agaknye pastu dia soh Bob call naim lg skali. Bob call n bukak loud speaker. Korang tau ape jd? ad suare pompuan ngilai. Gila2 punye ngilai la sampai meremang bulu roma aku. Kami berenam terus terdiam. Last2 kitorg sepakat akan tunggu smpai pg esok br blk umah tu semula n cari Naim ngan Salleh. Lepas dgr suare pompuan ngilai kt hp tu, xde sorang pon antara kitorg brckp....smp subuh!!

Pukul 7.30pg br kitorg blah dr Hakim. Hati aku masih lg kuat berdebar-debar.Yg lelain ak xtau la. Smp kt dpn umah, ak tgk pintu umah ngan gate da trbukak seluas-luas nye. Ni kalo pencurik masuk ni, memang dia kaye sbb laptop,wallet ngan hp kitorg semua tinggal camtu aje. Bulu tengkuk aku masih lg meremang.Xde sape berani msk umah tu dulu...Aku ingat, ada la 20-30 minit kitorg duk tercanggak kt dpn umah sbb xde sape berani masuk. Ntah camne agaknye hp Bob berbunyi. Hati aku da x sedap. Jgn la kate antu tu call kitorg soh msuk umah. Lan yg angkat. Sebenarnya dlm reramai geng ak ni, Lan la yg paling berani tp kekadang dia jd penakut jgk la. Pihak hospital call, katanya Naim ad kt wad emergency hospital klang. Eksiden katanya. Pihak hospital kata, ada miss call dr no.hp Bob ni, tu yg dia call no.hp Bob ni...ooo00 br ak phm. Yg peliknya Naim eksiden?

Memasing da serba salah jadinya. Bingung pon iye jgk. Xtau samada nk melawat Naim kt hospital klang or cari Salleh yg hilang. Akhirnya kitorg call tuan rmh utk tgk ape yg patut. Ak ngan Sam plak g hospital klang tgk keadaan naim cmne. Kalo mmg tenat sgt, ak inform yg lelain soh dtg la. Yg lain ak soh cari salleh kt keliling umah, takut2 dia kna sorok. Kami masing2 tawakal aje. Ms otw g hspital klang ni, ak xtau la c sam pecut smpai berape tp hati ak masih lg kuat ckp yg hal ni x abis lg.

Smp hospital,aku terus cr Naim. Sebak betol hati ak tgk Naim serius parah. Kaki dia teruk. Doktor kata kena lenyek ngn keta or something else la. Kes dia ni langgar lari. Naluri ak kuat ckp yg umor Naim ni x panjang sbb darah bnyk gile kuar. Sam plak xsanggup tengok, air mata dia da berjurai-jurai cam air terjun. Doktor pon ckp yg dia ni da nyawa2 ikan,xdpt nk tlg bnyk. Ak duduk kt tepi Naim, dia bole brckp lg tp sangkut2. Dia mntk maap sbb buatkan kitorg jdk susah. Berulang-ulang kali dia mntk maap tp ak msh lg xdpt tangkap ape yg dia ckp ni. Akhirnya dia meninggal gak...Ak gagahkan hati ak tepon kengkawan lain gtau psl Naim da meninggal. Ak tgk Sam da trduduk kt tepi balkoni ngan mata merah sbb nangis bnyk sgt. X lama pastu parrents Naim dtg. Ak x sanggup nk tunggu lg n ajak sam balik shah alam.

Smpai kt umah, aku tgk ramai gler org ngah cari salleh tp xjumpe. Abis satu umah dia geledah. Lastly,ad org tua kt situ mntk tlg ngan sorang ustaz. Ak tak ingt pe name ustaz tu tp lepas asar br kitorg jumpe salleh duduk kt atas busut blkg umah. Yg herannya, da 5,6 kali org cari tp xde plak jumpe dia kt situ. x kisah la janji jumpe balik salleh ni. Kitorg pnye la suke jumpe c salleh ni blk. Memasing amik keputusan pindah dr umah tu haritu jgk. Kebetulan plak kt sek7 [pintu blkang uitm] ad satu umah utk disewa, kitorg pindah situ la. Brg2 naim kitorg angkut skali. Terus terang ak ckp, mmg ak hangin gile tgk muke tuan umah sbb xgtau yg umah ni "keras".ptut la dia soh byr rm50 jek dl pastu xbg bwk brg bnyk2. Chisss......

Aku demam 3 hari.

Jenazah naim selamat dikebumikan kt Raub,Pahang.

Seminggu lepas tu,keadaan da ok sket cume salleh jek yg sakit2 bdn. Akhirnya mulut aku trgerak nk tny salleh pe yg brlaku sbnrnye sbb sblm naim meninggal tu dia ada ckp kt aku soh tnya salleh satu rahsia. Rupenya ms hari 1st day kitorg msuk umah tu, Naim ngn salleh da wt hal. Dia g cangkulnya busut kt blkg umah tu. C naim plak boleh kuis2 ngan kaki dia. Mgkin psl tu la kaki dia eksiden kot [dlm hati aku la]. Pastu salleh cter la,kn ada mlm yg kitorg satu uma kna kacau tu dia ngn naim pon kna gak. Tp antu tu siap kejar diorg lg smp kt jln. Diorg punya la cuak smp lari ke tengah jln. Ntah mn dtgnya keta tetiba da hentam diorg. naim trcmpak kt tgh jln, yg dia plak kt tepi. Dtg keta lain terus lenyek kaki naim. Pastu,salleh kata dia terus xsedar pape smpailah kitorg jmpe dia atas busut tu. Yg peliknya,cmne dia boleh duk kt atas busut sedangkan dia kata dia da lari kt tgh jln bsr? Nape naim sorg yg kna teruk sgt tp salleh x?

Akhirnya aku dpt jawapan sbnr. X lama lpas salleh cter ngn aku, dia jatuh sakit. Xtau la sakit pe tp 3 bln pastu dia meninggal. Famili dia sndiri bingung sbb doktor pon xtau sakit c salleh. Tp ak yakin, kes ni ada kaitan ngn busut yg diorg gi gali tu. Ak ngan geng2 ak yg lain smpat ziarah arwah salleh. Paling xbole tahan Bob sbb dia roomate ngan Naim. Mmg ak tau dia sedih sgt......Yg xbole ak lupe, kitorg semua nangis masa angkat jenazah salleh. Rs sedih sgt ms tu..

Aku, Azmi dagu, Sam banjar,Wak, Bob ngan Lan, semua skali slmt abiskan pgajian kt uitm ni. Buat naim ngn salleh, kitorg tetap akn ingat ko smp bebila...al-fatihah ..
p/s:ak pn xtw btol ke x cite ni..ade orang email kat aku..jaga2 pnduduk nagasari..:)

Monday, February 7, 2011

my journey as a student

       Kejap je masa berlalu...pejam celik, pejam celik, dah nak pencen dah ak sebagai seorang mahasiswi...hehehe...tinggal beberapa bulan je lagi...ak x pernah sangka yang ak akan tamatkan pengajian ak di universiti, apatah lagi ak pernah terkandas di zaman matrik dlu...dan siapa sangka ak kan dapat menjejakkan kaki ke menara gading...semua yang berlaku ad hikmahnya, dan ak dah nampak hikmah daripada kegagalan ak sewaktu zaman matrik dlu...semua itu ak anggap sebagai pendorong dan motivasi untuk ak menuju kejayaan...
       Sepanjang hidup ak selama kurang 21 tahun ni, macam2 impian dan kejayaan dah ak kecapi...impian ak untuk belajar di MRSM terlaksana, even though ak masuk dalam 2nd intake...macam2 yang ak belajar dan macam2 yang ak dapat...ak semakin dekat dengan agama, semakin kurang sikap keras kepala ak...walaupun, ak x berapa nak pandai macam dua pupu ak(kitorang satu maktab), tapi ak belajar berusaha, jangan mudah b'putus asa....akhir'y, keputusan result exam ak kt MRSM x mencermin'n result sebenar SPM ak....alhamdulillah, ak dapat result yang sangat mengejutkan ...apa lagi yang ak dapat...ak belajar menonjolkan diri dikhalayak umum...masuk macam2 pertandingan, pergi sekolah sana, pergi sekolah sini....but most important, ak dapat AZURA, seorang kawan baik, sahabat, dan kakakku...
       Selepas ak kecewa x dapat amek psychology, ak membawa diri ke matrik...ak bawa diri je, x bawa jiwa....maybe sebab 2, result ak jatuh merudum....kecewa??? of course I am...tp ak redha, ak x mudah give up...ak x suka orang pandang rendah pada ak...ak percaya ada hikmah...Allah tunjukkan pada ak yang ak x ditakdirkan untuk belajar sains lagi la kot...between science and I, memang x ada chemistry....so, i've decided to further my study in business studies....
       Alhamdulillah, uitm sanggup amek ak...orang cakap, kalau result x berapa nak ok, kita kena lelong...
dan alhamdulillah, ak dapat bidang yang ak minta...dan sekali lagi, terima kasih Allah kerana membantu ak di alam universiti...ak belajar lebi tenang, lebih fokus....dapat ramai sangat kawan2...bertambah lagi la sahabat2 ak...bertambah kegembiraan, bertambah senyuman, bertambah manis dan bertambah CHUBBY...hahaha.. ak belajar untuk berkomunikasi dengan lelaki (dlu ak malu yang teramat sangat), berkomunikasi dengan pihak atasan, golongan korporat, menjadi pemimpin, handle majlis2 besar, pengacara majlis, sukarelawan etc...semua tu pengalaman berharga buat ak...x dapat semua tu dalam class...terima kasih pada member2 yang percaya pada kebolehan ak selama ini dan beri ak peluang untuk menonjolkan diri....
        Sekarang, dah praktikal...hari ni baru ak sedar, ak ada separuh lagi masa untuk habiskan praktikal...kejap je masa berlalu....terasa baru semalam je ak masuk company 2...ak masih x kenal lagi dengan semua orang dalam company...I just realized that I'm almost at the end of my journey as a student....
what next??? further my studies??? that's my dream, my parents' dream...and i'm looking forward for that matter....Just leave it to Allah, the Almighty...InsyaAllah, i'll get my make my dream become reality
         
       

What is wrong with the love

Oh the poet of love
Let it cares you beautifully
Personalize my soul
And be honest with your heart

What is wrong with the love
The difference between you and me
Let it rhyme
In a ravishing love poetry
Even if the earth would torn into two
We would still clinging to each other.

Saturday, February 5, 2011

i'm not stupid @ ak x bodoh

            Ak percaya yang setiap manusia ada kelebihan dan kepandaian masing2...cuma yang membezakan seseorang itu adalah perkara yang mereka mahir...agak berbelit sikit ayat ak tu...but, i juz wanna say that, sometimes kita hanya melihat perkara2 yang senang dilihat atau yang dah sedia ad terbentang dihadapan kita...ok, let say, kalau kat school dulu2, parents selalu suruh kita study rajin2, biar pandai...kita dah study dah, tp still x berapa nak pandai...so, automatically, kita dilabel sebagai x pandai...mungkin academically kita x pandai but on the other side, kita pandai buat benda lain...contohnya, mengarang...dalam class x ada subjek mengarang, kalau ada pon karangan bahasa melayu...but what i want 2 say is, mengarang cerita, puisi etc...dan dengan bakat mengarang itu, diorang akan dapat income yang lebih banyak dari orang belajar pandai dalam subjek kat school...or may be golongan pengarang ni ada masa depan yang lebih cerah...kadang2 ak rasa not fair pada those yang judge people based on their academic semata-mata...bcoz, for me academic is not everything...pleasa do not misunderstood with my words and will say that academic is important...i'm not saying that academic is not important, yes, it is!!! but the most important is the knowledge and value gained from academic...i believe yang kita sendiri yang patut tentukan masa depan kita....what we want?? what we want to be??? jangan bulat2 ikut cakap orang bcoz at the end, kalau apa2 t'jadi, kita sendiri yang kena tanggung...
            Ini kisah hidup ak sendiri...saje nak share...i used to follow people around me...nak jadi cam orang ni, die pandai, so kenapa ak x boleh jadi macam die?? itu yang selalu ak pegang...ak selalu gagal nak jadi macam orang2 yang ak adore...hampa, kecewa?? dah lali dah...ak paksa gak hidup ak and nak jadi macam diorang...but bila ak dah gagal sangat2 and bila orang sekeliling tengok ak dah x ad harapan nak masuk university, ak muhasabah diri ak...ada 1 benda yang ada pada diri ak~ ak x suka orang pandang rendah pada ak (even though ak rendah dan memang orang kne pandang rendah pada ak)....ak tekad untuk tukar haluan hidup ak...disaat ak memerlukan sokongan, hanya ada beberapa orang je yang menyokong ak....x pela, ak akan tunjukkan yang ak ni x bodoh...hari demi hari, bulan demi bulan, tahun demi tahun, ak berusaha...ak dah nampak dah hasil usaha dan kesabaran ak selama ni...semua kejayaan ak selama ni ak hadiahkan kepada mereka yang sentiasa percaya pada ak si saat orang hina ak, kutuk ak...bila ak fikir2 balik, ni semua sebab ak pilih haluan yang sesuai dengan jiwa ak, bukan ikut kehendak orang...
          Dalam usaha ak untuk menuju kejayaan, ak melihat gelagat2 orang, teman-teman seperjuangan....ada yang bijak dan ad jugak yang kurang....mereka yang kurang bijak 2 bukan x pandai, tapi ak rasa haluan yang diorang pilih x sama dengan jiwa diorang...bagi ak, kalau nak menuntut ilmu, kena ad jiwa....kalau nak ilmu semata-mata untuk menunjuk, baik x payah sebab x kemana pon ilmu yang tinggi menggunung tu...mungkin, dengan ilmu yang penuh di dada tu korang boleh mencapai anugerah cemerlang dalam akademik, tapi di alam pekerjaan, belum tentu lagi....kalau dah dikurniakan dengan kebijaksanaan tu, Alhamdulillah tp kena sentiasa rendah diri, jangan sombong...i had a friend, bijak la gak...tp kebijaksanaan yang Allah kurniakan x digunakan sebaik mungkin....orang keliling hormat dia but bila dia mula bekerja, sikit2 kena marah, sikit2 kena caci...why?? bcoz zaman dia belajar dulu dia selalu ingat apa yang dia buat boleh diterima...hidup ni kena sentiasa berubah sebab keadaan persekitaran memerlukan kita untuk berubah....
          Lain pulak hal dengan member ak yang x seberapa nak bijak...dia ni lambat sikit dalam segala hal akademik ni...tapi semua orang suka nak berkawan dengan die...sangat rendah diri dan tau amek hati orang...dia sedar yang die x berapa nak pandai macam yang lain, so dia decide nak belajar ikut kemampuan diri die...seorang yang penyabar orangnya....mungkin sebab sikap sabar, rendah diri dia tu menyebabkan orang keliling hormat pada dia, hormat pada setiap keputusan die...pada ak, nanti bila dia dah masuk alam pekerjaan, dia akan disenangi oleh orang ramai dan laluan dia untuk menuju kejayaan akan mudah....sebab di alam pekerjaan x memerlukan akademik semata-mata tapi juga kesopanan dan budi bahasa yang tinggi...

p/s : kalau kita gagal dalam suatu hal, bukan bermakna kita bodoh dan gagal..tapi itu mungkin laluan untuk kita menuju kejayaan...always believe in yourself that "I'M NOT STUPID".... ^_^

it's a mistake

i think it is a mistake....i'm not in love with him...perhaps, the best word to picture my feelings is adore...yup...adore....after a while of learning who he is, i guess we are not suit each other...thank Allah, we are just friend...not more than that....and Alhamdulillah, we didn't get too far with this ambiguous situation....throughout this situation, i kept thinking of my feelings, my future...till now, I'm still hoping other guy to hold my hand and take me to the future...and definitely, not him....besides, i don't think that next life will be determined by me...instead my parents...why??? i can't answer that....i just can feel it...i don't care who i'll marry to but i'm kinda worry if i'm not be able to get marry on 25 years old....i keep asking myself, who will be my prince charming? no answer were given...but what i can say is, i'm waiting for someone...but not 1, but 2...Mr engineer in Washington or Mr doctor in Egypt...arghhh!!!!! another dilemma...

mesir vs berangan

       Dah lama dah x post pape kat blog...why??? sebab masa sangat mencemburui ak...jangan kata nak post, nak buka blog sendiri pon dah x ada masa...so, since ada masa ni, rasa macam nak share something la...bout what??? bout krisis di mesir....i'm on the side of ikhwan muslimin coz memang aku x suka si hosni mubarak tu....habis hancur mesir bawah pemerintahan die...memburukkan imej islam pada mata dunia...dengan ini, saya mengisytiharkan bahawa saya menyokong gerakan ikhwan muslimin....jangan la Malaysia jadi cam ni...
kepada saudara-saudaraku, para pelajar Malaysia dan juga rakyat Malaysia di Mesir yang bukan pelajar, semoga kalian selamat...bagi ak, kalian adalah hamba yang telah dipilih oleh Allah untuk menyaksikan dan merasakan krisis yang timbul akibat pemerintahan yang membelakangkan islam....semoga kalian selamat pulang ke Malaysia dan yang telah ambil keputusan untuk stay kt sana, semoga kalian selamat juga...

       Ak juga terkena tempias masalah pelajar Malaysia yang terperangkap di dalam krisis tersebut...saudara2 ak dan kawan2ku ramai yang belajar kt sana....plus, my aunty adalah orang kuat MARA dan dia la orang yang bertanggungjawab dalam memastikan keadaan pelajar2 Malaysia kat sana selamat....kesian aunty ak, coz siang malam kne kerja...nasib baik nenek ak ada kat KL tepat pada masanya and anak-anak dia yang dh besar2 cuti semester...boleh diharap untuk menjaga anak-anak yang kecik...

         Dengar cerita, abang saudara ak adalah antara sukarelawan yang membantu pelajar Malaysia di KLIA...hai, seronoknya la kalau dapat jadi sukarelawan...dah lama dah x involve dalam benda2 macam  ni...rindu pulak...at least, boleh la gak ak habiskan masa cuti ak yang membosankan ni....mana la tau kot2 boleh cari balak 1...hahaha....(masih x amek pengajaran dr kesalahan dulu)...lagipon, bukan calang2 orang diorang 2...bijak pandai...hehhe....berangan je la ak ni....tapi nak wat camane, ak memang ratu berangan....tengok kat TV, mamat2 ni semua hensem2...baik plak 2....sejuk hati ak....hihihi....ada plak yang muda2 tapi dah ada anak....eeiii, jelesnye...dah la muka hensem, pandai plak 2, kawin muda lg...melepas la ak, makin kurang calon2 untuk ak...hihi....ak pon nak kawin muda gak....macam bez je ak tengok...

       Tetibe, teringat plak kat my young old time friend, belajar kat mesir gak...camane la keadaan die kan....hmmm, dah la ak syok kt die dari dulu lagi....WHAT???? biar la i nak berangan sikit...lagipon x salah kan....ak pon x susahkan hidup sesiapa....owh, mr egypt.....

my playlist