Blogger Layouts

Friday, February 24, 2012

Siapa Saya???

Bismillah...

Siapa saya???


Saya seorang muslim...
Dilahirkan sebagai seorang muslim...
Dibesarkan dalam sebuah keluarga muslim...

Dalam cara hidup seorang muslim...
Muslimkah saya???


Hanya kerana saya seorang muslim...
Dibesarkan dalam keluarga muslim...

Dibesarkan dengan cara hidup muslim....
Tidak bererti saya benar-benar muslim yang selayaknya...
Sekiranya tidak menjalankan tanggungjawab sebagai seorang muslim....
Iaitu menjadi khalifah dan menyebarkan risalah Islam...
Dan bukan sekadar membawa nama "islam" didalam kad pengenalan...

Hidup dibumi Ireland...
Mendidik CiK NuNu menjadi seorang muslim...
Diasak dengan pelbagai cabaran disetiap sudut...

Dengan berbezaan agama...
Dengan cara hidup yang pincang...
Dengan kerosakan akhlak dimana-mana...
Dengan kebangkitan semula kaum Nabi Lut...

Jujurnya, CiK NuNu sangat risau...
Risau dibawa arus Syaitan Laknatullah...
Lantas, CiK NuNu cuba menjauhkan diri...

Namun...
Sejauh mana pun diri ini berlari...
Dugaan masih bisa memintas...
Diasak dengan pelbagai persoalan...

Persoalan tentang Islam...
Membuatkan diri ini bertanya...

Siapa saya???

Adakah saya seorang muslim???
Apakah saya benar-benar Islam???


Siapa saya??



Monday, February 13, 2012

Nak sambut sangat kan...

Bismillah...

Bulan februari...
Bulan paling orang yang dilamun cinta suke kan...
Serabut la dengan Valentines Day ni...
Semak tau x...

Yang nak g sambut sangat tu nape???
Kat ireland ni pon x meriah sambutan macam kat malaysia...
X tau la nape orang kte suke sangat dengan budaya barat...
Pening2...

CiK NuNu kat sini...
X sedar pon ada Valentines Day ni...
Sedar2, sok dah 14 feb...
Bosan betul bile macam2 post pasal benda ni kt FB...
Semak je...
Cakap dah berbuih...
Tapi kalu x paham gak, x tau la...

p/s: suke bila ada sambutan macam ni sebab ada sale...shopping lagi..hehe

Saturday, February 11, 2012

Mengintai Orang Sebelah

Bismillah....

Cube korg intai orang sebelah umah korg...
X ada umah???


Pegi la intai orang sebelah bilik korg...
X ad bilik???
Intai la plak orang sebelah katil korg...
Sihat ke die???
Sakit ke die???


Sedih ke x???
Dah makan ke belum???

Time kte tgh makan besar sampai x ingat dunia...
Ntah2 die tengah kebulur sorang2...


“Tidak sempurna iman 
Jika kau tidur dalam kekenyangan 
Sedang jiran tetanggamu 
Menangis kerana kelaparan” 
~ Al-Hadis ~ 


Kita kan saudara...

Rajin2 la jenguk diorg...
Jaga hubungan sesama saudara tu...

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx



“Tidak sempurna iman 
Jika kau tidur dalam kekenyangan 
Sedang jiran tetanggamu 
Menangis kerana kelaparan” 
~ Al-Hadis ~ 

Dua kata yang berbeza 
Dicantum menjadi satu 
Tetap tidak kan sama maksudnya 
Berlain sifatnya, nilainya, hikmatnya 
Sendu dan sendawa 

C/O 
Adakah kau tahu 
Siapakah mereka jiran tetanggamu 
Pernahkah engkau melihat 
Apakah dalam sendu atau sendawa 
Kenalilah dan bertegurlah sapa 
Dengan akhlak yang mulia 
Hidup berjiran susah dan senang 
Suka duka dirasa bersama 

Hak tetangga berkenal bermesra 
Hak tetangga menggembirakannya 
Hak tetangga bertanya khabarnya 
Makan minumnya semua 

Kenalilah jiran kita 
Hormatilah kita sesama kita 
Hormatilah jiran kita, bersaudara… 

Hak tetangga menutup aibnya 
Hak tetangga doakan mereka 
Hak tetangga menjaga hartanya 
Sakit demamnya 

Hormatilah jiran kita 
Kita sesama kita 

Bersaudara ibarat pohon tumbuh merendang 
Jadi teduhan musafir lalu 
Hujan dan panasnya 

Bersaudara ibarat tubuh manusia 
Satu anggota terasa sakit 
Sakitlah seluruh anggotanya

Wednesday, February 8, 2012

Pak Guard, Cleaner, Drebar Taxi

Bismillah...

Pak Guard, Cleaner, Drebar Taxi...
Pe plak yang CiK NuNu nak citer ni kan...


Ni nak citer sket...
Mentaliti pemikiran orang kite...
Kalu orang sebut je pasal...
PAK GUARD, CLEANER, DREBAR TAXI ni...
Mesti ingat orang miskin, x ada pelajaran kan...
(termasuklah CiK NuNu sendiri...heheh)

Tapi CiK NuNu silap...
Diorang2 ni sume bukan miskin & x ada pelajaran...
Bahkan lagi berilmu dari kte2 ni yg konon2 berilmu...

Bumi Dublin ni mengubah mentaliti CiK NuNu...

Dalam x sedar, CiK NuNu dikelilingi oleh orang2 sebegini...

Ada kawan drebar taxi...
Ada kawan keje security (hensem tau, hihihi)...
Ada kawan keje tukang kasut je...


Tapi diorang bukan orang biasa2...
Diorang ni adalah bakal graduan Sarjana...

Bukan calang2 orang...


Ini membuatkan CiK NuNu berfikir...
Kalu kat Malaysia, memang x maen la keje2 cam ni...
Kalu dah ada degree...
Paling koman, nak la jadi eksekutif kan...

Keje kat tempat ada aircond....
Btol x???

Jadi, pe sebenar'y niat untuk menuntut ilmu tu???

Lillahi ta'ala???
Ke sebab nak keje besar???

Nak jadi orang besar???
Pe kata kte betul'n niat kte tu...

Ubah mentaliti masyarakat kte...
Most important, ubah pemikiran kte dlu...

Ok kawan2....


p/s: Post ni dikarang sewaktu x masuk class sebab lupe class start awal sejam... (T_T)

Sunday, February 5, 2012

Salam Maulidur Rasul

Bismillah...

Salam Maulidur Rasul...

Jom perbanyakkan selawat ke atas Nabi ye..

Allahumma solli'ala saiyidina Muhammad...
Wa'alaa ali saiyidina Muhammad...



Alhamdulillah...
syukur kepada Allah...
Kerana kita dipilih untuk menjadi...


Umat yang paling beruntung di akhirat kelak... 
Umat kepada orang yang paling Allah kasihi...

Manusia yang paling berpengaruh didunia...

Manusia yang paling mulia seiisi alam...
Manusia yang paling elok budi pekertinya...
MasyaAllah...
X terbayang indahnya Nabi Muhammad SAW...


CiK NuNu ingin sekali melihat junjungan mulia, Nabi Muhammad SAW...
Semoga kita semua dapat berjumpa dengan baginda...


Dan semoga kita semua m'dapat syafaat dari baginda Nabi SAW...
Amin...




Mesti meriah kan suasana Maulud Nabi di Malaysia...
Kat Dublin, x terasa papepon...


Kat Malaysia, cuti pon dapat kan...
I wish esok cuti...
But what to do...
I have class to attend...


X pela, belajar tu kan ibadah...
Perbaharui niat...

InsyaAllah, akan ada barakah dalam setiap perbuatan...
Bersyukur dengan setiap nikmat yang Allah beri...
Semua nikmat, alhamdulillah..
Setiap kesusahan juga alhamdulillah..
Kerana Allah masih menyayangi kita...
Rasulullah SAW sendiri diberi dugaan & cubaan yang paling kuat...
Kerana baginda adalah manusia yang paling Allah sayang...

Friday, January 27, 2012

Jaulah ke Malaga & Granada

Bismillah...


Fuh, fuh, fuh (tiup habuk kat blog ni)...
Perghhh, lama gler x menulis kat sini...
Asyik menulis untuk assignment je...
Sampai lupe blog kesayanganku ini...

Dah berhabuk dah...


Hmm, jom recap things that happen in this month...
Best thing is Jaulah, pengembaraan mencari Allah..
Mengembara bumi Sepanyol dan Perancis...
There's a lot of interesting things happen...
And I would like to draw the memories here...

Jaulah (kembara) pertama buat CiK NuNu...
Excited and worries blend smoothly...


8 hari pengembaraan...
2 west countries...

5 places yang asing...

And 3 orang which include me..
All perempuan!!!


Dublin-Malaga (Spain)

  • Sebenarnya CiK NuNu pon x tau Malaga ni ada ape, but since flight ktorg turun kat Malaga, g la gak jejalan... things that I like about Malaga is the weather (yang sangat panas & dh lama CiK NuNu x rasa panas macam ni) and airport die (I thought the airport was small coz my friends told me that only few flights arrive there). Airport die superb la....
  • Sempat la gak jejalan sket kat Malaga before amek bus g Granada petang tu...We went to Romano Theatre and Alcazabar... Don't ask me what placa it is coz ni pon plan mendadak je...but what I can say is die macam stadium lama zaman dulu2...
  • Malaga ni still dalam wilayah Andalusia, so nampak la banyak tinggalan orang zaman dulu2... orang pon x ramai kat sini sebab bandar die kecik je... 
Ni la Romano Theatre tu


Malaga-Granada

  • Granada. CiK NuNu nak sangat datang tempat ni sejak dari zaman skola lagi... Masa tu blaja bout kerajaan Bani Umayyah yang meluaskan penguasaan Islam ke bumi Andalus. Alhamdulillah, sebab Allah memilih kami untuk menjiwai roh2 Islam disana.
  • Ktorg sampai waktu tu dah maghrib and masalah pertama pon bermula. Lepas je turun dari bus,ktorgi nak naik taxi untuk ke hotel kami...tp 3 driver taxi x tau kat mana hotel ktorg tu...Cuak seyh!! Alhamdulillah, Allah bagi hidayah untuk minta bantuan orang kat information counter untuk google hotel kami and minta die tulis something so that ktorg bleh bagi driver taxi tu baca.
  • Hotel ktorg rupe'y so close to Alhambra, tempat wajib kalu datang Granada... Korg ingat x masa blaja agama kat skola dlu, para khalifah stay kat Istana Alhambra? MashaAllah, cantik sangat!!!





Cantikkan... lagi cantik kalu tengok dgn mata sendiri

  • masuk je dalam Nazariez Palace, hati ini bergetar...kenapa??? tengok pic seterusnya...









"La Ghalib Ilallah" ~ Tiada penakluk selain Allah

  • "Tiada Penakluk Selain Allah" ~ Allahuakbar!!! itulah yang terukir di dinding2 istana alhambra... mungkin ukiran itu diukir untuk mengingatkan para khalifah zaman itu supaya x riak, bangga diri dengan kekuasaan mereka dalam menakluk wilayah kerana sesungguhnya Allah adalah penakluk sebenar.... sungguh, ia membawa CiK NuNu untuk reflect diri sendiri...Allah, betapa kerdilnya dan jahilnya hambaMu ini...
  • This is another interesting thing to story about... Kat area ni, sekarang dah x menarik macam dulu... Dulu ada tempat mengambil wudhuk yang diukir dengan ukiran singa yang once azan berkumandang, air akan automatic klua dari mulut singa... Sampailah satu masa, para pengkaji tertarik untuk tahu tentang keajaiban ciptaan orang zaman bani umaiyah tu & diorg pon bukak la binaan tu untuk buat experiment tp sampai skrg x dapat figure out tentang tu...kesannya, mereka dah rosakkan ciptaan yang unik tu dan ktorg x dapat nak tengok kebijaksanaan orang islam bani umaiyah tu...
  • Kemudian, kami singgah Albaisin... what impressed me is the way Spanish pronounce 'albaisin' as الباىثين... mereka bukan orang Islam tapi boleh sebut huruf arab sedangkan kita, sebut pon x betol padahal dah blaja dari kecik lagi.
  • Suatu masa dulu, Islam menyinari singgahsana Alhambra, menerangi bumi Andalus...Tapi kini, dimanakah Islam? Kalau ada orang Islam pon, kebanyakan'y orang Arab dan Maghribi...Sedih, memang sedih...
p/s: banyak la plak rse'y benda yang nak story kat sini...xpe, jaulah tempat laen akan diceritakan dikemudian hari ye

Sunday, January 1, 2012

Kekuatan Pemuda

Bismillah...

Jauh dibumi Ireland ni x menghalang CiK NuNu untuk melihat tanah tumpah darahku...
Sangat sedih mengenangkan huru hara bumi merdekaku...
Yang masih terjajah pemikirannya...
Yang masih hanyut dalam nikmatNya...
Yang masih mengejar duit semata-mata...

Maaf, andai ada yang tidak berpuas hati...
CiK NuNu hanya menyatakan pendirian dan pendapat shaja...
Mahasiswa pada hematku, pantas diberikan hak untuk menyuarakan...
Menyuarakan keadilan mahupun kritikan...
Janganlah ada yang mengambil kesempatan dengan provokasi...
Mereka adalah pemimpin masa hadapan...
Cukuplah diperbodohkan kami mahasiswa...
Dengan menjadikan kami sebagai alat untuk menawan hati mereka...
Janganlah dicampur adukkan soal pembelajaran kami dengan nafsu kalian...
Seperti kalian mengasingkan agama dengan dunia...
Terima kasih pada yang bersuara...

Masih ingatkah kalian...
Sultan Muhammada al-Fateh yang menawan Constantinople pada usia 21 tahun...
Umar Abdul Aziz menjadi khalifah terbaik pada usia 23 tahun...
Mu'az bin Amru dan Muawiz bin Arfa', pemuda Ansar, merekalah yang membunuh Abu Jahal
Bukankah mereka itu pemuda?
Lihatlah kekuatan pemuda...

Jom kte susuri cerita Amirul Mukminin ni


Di dalam sebuah rumah di Madinah, ‘Umar al-Khattab radhiyallaahu ‘anhu duduk bersama dengan sekumpulan sahabat. Beliau berkata kepada mereka, “nyatakan harapan kamu!” Salah seorang daripada mereka berkata, “impianku adalah untuk memiliki emas yang dapat memenuhi rumah ini, agar aku dapat membelanjakannya di jalan jihad.”
Kemudian ‘Umar berkata lagi, “nyatakan harapan kamu!” Seorang lagi sahabat berkata, “impianku adalah agar rumah ini penuh dengan permata dan mutiara agar semuanya dapat kubelanjakan untuk jihad dan kebajikan fi sabilillah.”
‘Umar berkata lagi buat kali yang ketiga, “nyatakan harapan kamu!” Lalu sahabat-sahabat yang ada berkata, “kami sudah tidak tahu apa yang patut diperkatakan wahai Amirul Mu’minin.”
Lalu ‘Umar berkata, “harapanku ialah agar rumah ini penuh dengan lelaki-lelaki seperti Abu ‘Ubaydah ibn al-Jarrah, Muaz ibn Jabal dan Salim budak suruhan Abu Huzaifah, agar mereka semua dapat digunakan bagi meninggikan kalimah Allah!”


Lihat...
Bukankah pemuda yang gagah lagi berkudrat ini...
Bisa menegakkan kalimah Lailahaillah....
Kenapa pemuda kini disuruh menutup mulut?
Bukankah pemuda yang gagah lagi berkudrat ini...
Adalah pemimpin masa hadapan?
Bukankah pemuda yang gagah lagi berkudrat ini...
Adalah aset negara, cerminan kepada sesebuah negara...

Bukankah pemuda yang gagah lagi berkudrat ini...
Tidak dijadikan Allah semata-mata untuk berdiam diri...


Jadi, untuk apa kamu menyuruh kami ini berdiam diri?
CiK NuNu teringat ungkapan saidina Ali r.a...


"Kalau kamu ingin melihat sebuah negara itu pada masa hadapan, lihatlah kepada pemudanya pada hari ini"


Adakah kita mahu pemuda yang terumbang ambing dalam agama menjadi pemimpin kita nanti?
Adakah kita sanggup menerima pemuda yang masanya dihabiskan dengan hiburan dunia semata-mata?
Adakah kita tega dipimpin oleh pemuda yang "memimpin" hanya kerna duit dan nama?
Adakah kita pemimpin jenis ini yang kita mahukan?

Pemuda telah bangkit...
Mereka bangkit dengan menggenggam Islam...
Tidak mahu lagi dicucuk hidung...
Tidak mahu lagi dipergunakan...

Kami pemuda punya kudrat, punya kekuatan, punya semangat...
Kami tidak mahu di akhirat nanti..
Saat Allah menyoal masa muda kami...
Kemana kami habiskan...
Kami ingin masa muda kami digunakan untuk agama, bangsa dan negara...

Kami bukan kanak-kanak...
Kami adalah pemuda...
Namun kami bukan penderhaka...
Kami masih menghormati kaum tua...
Memetik kata-kata seorang saudara...

“Kita dah makan garam banyak mana sekalipun, orang-orang tua dah makan garam lebih banyak daripada kita”
Aku punya respond…. Yup diorang dah banyak makan garam, tapi mungkin zaman sekarang ni bukan zaman orang perlukan garam, tapi zaman orang perlukan ajinamoto! 
Saudara ini juga menulis...
Rasulullah  dan Umar (sahabat yang mempunyai kefahaman paling power) sendiri tidak memandang pada umur seseorang, tetapi memandang kepada kualiti seseorang… sehinggakan seorang pemuda boleh memasuki syura tertinggi Umar, iaitu Ibnu Abbas….Of coz, seperti majoriti orang-orang dewasa sekarang, orang-orang dewasa zaman Umar juga membangkang kerana merasakan Ibnu Abbas terlalu muda…. Semuda anak-anak mereka… Namun Omar membackup Ibnu Abbas dengan pelbagai hujah dan beliau tetap dengan pendiriannya




Nah,
Fikirkanlah wahai pemuda....


P/s: Alhamdulillah, terima kasih Allah kerana memberi kekuatan akal fikiran untuk menulis... ini juga adalah peringatan untuk diriku yang kerdil ini

my playlist