Blogger Layouts

Friday, January 27, 2012

Jaulah ke Malaga & Granada

Bismillah...


Fuh, fuh, fuh (tiup habuk kat blog ni)...
Perghhh, lama gler x menulis kat sini...
Asyik menulis untuk assignment je...
Sampai lupe blog kesayanganku ini...

Dah berhabuk dah...


Hmm, jom recap things that happen in this month...
Best thing is Jaulah, pengembaraan mencari Allah..
Mengembara bumi Sepanyol dan Perancis...
There's a lot of interesting things happen...
And I would like to draw the memories here...

Jaulah (kembara) pertama buat CiK NuNu...
Excited and worries blend smoothly...


8 hari pengembaraan...
2 west countries...

5 places yang asing...

And 3 orang which include me..
All perempuan!!!


Dublin-Malaga (Spain)

  • Sebenarnya CiK NuNu pon x tau Malaga ni ada ape, but since flight ktorg turun kat Malaga, g la gak jejalan... things that I like about Malaga is the weather (yang sangat panas & dh lama CiK NuNu x rasa panas macam ni) and airport die (I thought the airport was small coz my friends told me that only few flights arrive there). Airport die superb la....
  • Sempat la gak jejalan sket kat Malaga before amek bus g Granada petang tu...We went to Romano Theatre and Alcazabar... Don't ask me what placa it is coz ni pon plan mendadak je...but what I can say is die macam stadium lama zaman dulu2...
  • Malaga ni still dalam wilayah Andalusia, so nampak la banyak tinggalan orang zaman dulu2... orang pon x ramai kat sini sebab bandar die kecik je... 
Ni la Romano Theatre tu


Malaga-Granada

  • Granada. CiK NuNu nak sangat datang tempat ni sejak dari zaman skola lagi... Masa tu blaja bout kerajaan Bani Umayyah yang meluaskan penguasaan Islam ke bumi Andalus. Alhamdulillah, sebab Allah memilih kami untuk menjiwai roh2 Islam disana.
  • Ktorg sampai waktu tu dah maghrib and masalah pertama pon bermula. Lepas je turun dari bus,ktorgi nak naik taxi untuk ke hotel kami...tp 3 driver taxi x tau kat mana hotel ktorg tu...Cuak seyh!! Alhamdulillah, Allah bagi hidayah untuk minta bantuan orang kat information counter untuk google hotel kami and minta die tulis something so that ktorg bleh bagi driver taxi tu baca.
  • Hotel ktorg rupe'y so close to Alhambra, tempat wajib kalu datang Granada... Korg ingat x masa blaja agama kat skola dlu, para khalifah stay kat Istana Alhambra? MashaAllah, cantik sangat!!!





Cantikkan... lagi cantik kalu tengok dgn mata sendiri

  • masuk je dalam Nazariez Palace, hati ini bergetar...kenapa??? tengok pic seterusnya...









"La Ghalib Ilallah" ~ Tiada penakluk selain Allah

  • "Tiada Penakluk Selain Allah" ~ Allahuakbar!!! itulah yang terukir di dinding2 istana alhambra... mungkin ukiran itu diukir untuk mengingatkan para khalifah zaman itu supaya x riak, bangga diri dengan kekuasaan mereka dalam menakluk wilayah kerana sesungguhnya Allah adalah penakluk sebenar.... sungguh, ia membawa CiK NuNu untuk reflect diri sendiri...Allah, betapa kerdilnya dan jahilnya hambaMu ini...
  • This is another interesting thing to story about... Kat area ni, sekarang dah x menarik macam dulu... Dulu ada tempat mengambil wudhuk yang diukir dengan ukiran singa yang once azan berkumandang, air akan automatic klua dari mulut singa... Sampailah satu masa, para pengkaji tertarik untuk tahu tentang keajaiban ciptaan orang zaman bani umaiyah tu & diorg pon bukak la binaan tu untuk buat experiment tp sampai skrg x dapat figure out tentang tu...kesannya, mereka dah rosakkan ciptaan yang unik tu dan ktorg x dapat nak tengok kebijaksanaan orang islam bani umaiyah tu...
  • Kemudian, kami singgah Albaisin... what impressed me is the way Spanish pronounce 'albaisin' as الباىثين... mereka bukan orang Islam tapi boleh sebut huruf arab sedangkan kita, sebut pon x betol padahal dah blaja dari kecik lagi.
  • Suatu masa dulu, Islam menyinari singgahsana Alhambra, menerangi bumi Andalus...Tapi kini, dimanakah Islam? Kalau ada orang Islam pon, kebanyakan'y orang Arab dan Maghribi...Sedih, memang sedih...
p/s: banyak la plak rse'y benda yang nak story kat sini...xpe, jaulah tempat laen akan diceritakan dikemudian hari ye

Sunday, January 1, 2012

Kekuatan Pemuda

Bismillah...

Jauh dibumi Ireland ni x menghalang CiK NuNu untuk melihat tanah tumpah darahku...
Sangat sedih mengenangkan huru hara bumi merdekaku...
Yang masih terjajah pemikirannya...
Yang masih hanyut dalam nikmatNya...
Yang masih mengejar duit semata-mata...

Maaf, andai ada yang tidak berpuas hati...
CiK NuNu hanya menyatakan pendirian dan pendapat shaja...
Mahasiswa pada hematku, pantas diberikan hak untuk menyuarakan...
Menyuarakan keadilan mahupun kritikan...
Janganlah ada yang mengambil kesempatan dengan provokasi...
Mereka adalah pemimpin masa hadapan...
Cukuplah diperbodohkan kami mahasiswa...
Dengan menjadikan kami sebagai alat untuk menawan hati mereka...
Janganlah dicampur adukkan soal pembelajaran kami dengan nafsu kalian...
Seperti kalian mengasingkan agama dengan dunia...
Terima kasih pada yang bersuara...

Masih ingatkah kalian...
Sultan Muhammada al-Fateh yang menawan Constantinople pada usia 21 tahun...
Umar Abdul Aziz menjadi khalifah terbaik pada usia 23 tahun...
Mu'az bin Amru dan Muawiz bin Arfa', pemuda Ansar, merekalah yang membunuh Abu Jahal
Bukankah mereka itu pemuda?
Lihatlah kekuatan pemuda...

Jom kte susuri cerita Amirul Mukminin ni


Di dalam sebuah rumah di Madinah, ‘Umar al-Khattab radhiyallaahu ‘anhu duduk bersama dengan sekumpulan sahabat. Beliau berkata kepada mereka, “nyatakan harapan kamu!” Salah seorang daripada mereka berkata, “impianku adalah untuk memiliki emas yang dapat memenuhi rumah ini, agar aku dapat membelanjakannya di jalan jihad.”
Kemudian ‘Umar berkata lagi, “nyatakan harapan kamu!” Seorang lagi sahabat berkata, “impianku adalah agar rumah ini penuh dengan permata dan mutiara agar semuanya dapat kubelanjakan untuk jihad dan kebajikan fi sabilillah.”
‘Umar berkata lagi buat kali yang ketiga, “nyatakan harapan kamu!” Lalu sahabat-sahabat yang ada berkata, “kami sudah tidak tahu apa yang patut diperkatakan wahai Amirul Mu’minin.”
Lalu ‘Umar berkata, “harapanku ialah agar rumah ini penuh dengan lelaki-lelaki seperti Abu ‘Ubaydah ibn al-Jarrah, Muaz ibn Jabal dan Salim budak suruhan Abu Huzaifah, agar mereka semua dapat digunakan bagi meninggikan kalimah Allah!”


Lihat...
Bukankah pemuda yang gagah lagi berkudrat ini...
Bisa menegakkan kalimah Lailahaillah....
Kenapa pemuda kini disuruh menutup mulut?
Bukankah pemuda yang gagah lagi berkudrat ini...
Adalah pemimpin masa hadapan?
Bukankah pemuda yang gagah lagi berkudrat ini...
Adalah aset negara, cerminan kepada sesebuah negara...

Bukankah pemuda yang gagah lagi berkudrat ini...
Tidak dijadikan Allah semata-mata untuk berdiam diri...


Jadi, untuk apa kamu menyuruh kami ini berdiam diri?
CiK NuNu teringat ungkapan saidina Ali r.a...


"Kalau kamu ingin melihat sebuah negara itu pada masa hadapan, lihatlah kepada pemudanya pada hari ini"


Adakah kita mahu pemuda yang terumbang ambing dalam agama menjadi pemimpin kita nanti?
Adakah kita sanggup menerima pemuda yang masanya dihabiskan dengan hiburan dunia semata-mata?
Adakah kita tega dipimpin oleh pemuda yang "memimpin" hanya kerna duit dan nama?
Adakah kita pemimpin jenis ini yang kita mahukan?

Pemuda telah bangkit...
Mereka bangkit dengan menggenggam Islam...
Tidak mahu lagi dicucuk hidung...
Tidak mahu lagi dipergunakan...

Kami pemuda punya kudrat, punya kekuatan, punya semangat...
Kami tidak mahu di akhirat nanti..
Saat Allah menyoal masa muda kami...
Kemana kami habiskan...
Kami ingin masa muda kami digunakan untuk agama, bangsa dan negara...

Kami bukan kanak-kanak...
Kami adalah pemuda...
Namun kami bukan penderhaka...
Kami masih menghormati kaum tua...
Memetik kata-kata seorang saudara...

“Kita dah makan garam banyak mana sekalipun, orang-orang tua dah makan garam lebih banyak daripada kita”
Aku punya respond…. Yup diorang dah banyak makan garam, tapi mungkin zaman sekarang ni bukan zaman orang perlukan garam, tapi zaman orang perlukan ajinamoto! 
Saudara ini juga menulis...
Rasulullah  dan Umar (sahabat yang mempunyai kefahaman paling power) sendiri tidak memandang pada umur seseorang, tetapi memandang kepada kualiti seseorang… sehinggakan seorang pemuda boleh memasuki syura tertinggi Umar, iaitu Ibnu Abbas….Of coz, seperti majoriti orang-orang dewasa sekarang, orang-orang dewasa zaman Umar juga membangkang kerana merasakan Ibnu Abbas terlalu muda…. Semuda anak-anak mereka… Namun Omar membackup Ibnu Abbas dengan pelbagai hujah dan beliau tetap dengan pendiriannya




Nah,
Fikirkanlah wahai pemuda....


P/s: Alhamdulillah, terima kasih Allah kerana memberi kekuatan akal fikiran untuk menulis... ini juga adalah peringatan untuk diriku yang kerdil ini

Friday, December 30, 2011

T_T

Bismillah...

T_T

Mood: Sedih
Mode: Sendu

Nape?

Ombak Rindu + OST die skali

Tentang Dhia (marathon)




p/s: seyes CiK NuNu rasa nak nangis sgt

Sunday, December 11, 2011

KeLuaR mULuT HarIMaU, maSuk mULut BuaYa

Bismillah....


Alhamdulillah, dah berada di penghujung tahun 2011...
How fast the time flew by...
Dah lebih 2 bulan berada bumi orang...
And lagi 2 weeks abes semester & cuti panjang...
Before come back to sit for 1 exam paper....
In spite of keceriaan dalam pada nak cuti ni...
There are still 2 more asignment to be worked on...
And to be submitted in 2 weeks time...
Oh Allah, the Most Merciful...
Please make my path run smoothly...
And give me strength and keep my faith on U....

After 3 days spending time in my friend's haouse for study...
CiK NuNu balik gak ke rumah sendiri...
Maka, segala molecule2 malas menghampiri....
Arghhhhh, benci kalu dh start malas ni....
Last night, I have dinner with my housemates...
And my senior told me about a story...

"The History of Ireland"


10 years ago, kat ireland ni....
Ada kelompok ala2 komunis, known as IRA...
IRA ni akan tembak every foreigners yg ada kat negara dia...
And I was...
"Hah???? Oke, camane ngan foreigners masa tu?"
~seriously cuaksss....it was just 10 years ago!!!!~


my senior said, ramai orang irish lari ke US....
sebab takut ngan puak ni....
Well, this is interesting topic for dinner, hehe....
I asked her, ada lagi ke IRA ni...
Her answer was, ada lagi sekarang...
~nganga mulut, telan air liur....cuak seyh!~


"tapi terkawal dah sekarang..."
Phewwww, lega!!!
Takut la weh, dok kat negara yang suke2 je tembak orang...

Ingatkan tolak 2 offers from Australia is the best...
Rupanye 2x5 je...

Yela, Australia tu kan asalnya...
Tempat pembuangan orang2 jahat dari eropah....
Akak tu sambung lagi...

"Orang2 Australia tu kebanyakan'y b'asal dari Ireland"

And again, ~nganga mulut x percaya~
Orang Ireland ni adalah orang Viking...
Tau Viking???


ni dia orangnya....


v


v


v






Viking ni sangatlah femes dengan topi keledar die yang ad tanduk tu ye...

Orang-orang Viking ni dikatakan sangatlah ganas ye anak2...



So, let me wrap up my understanding ye...
My situation now is ibarat...
"Keluar mulut harimau, masuk mulut buaya"...


Australia or Ireland adalah dari 1 keturunan yang sama...
Papepon, harap2 la puak IRA ni x menjadi ganas semula...



p/s: ibarat menunggu bulan jatuh ke riba... x ada hati dh nak baca banyak journal articles dah sekarang



Thursday, November 24, 2011

s.h.0.p.a.h.0.L.i.C

Bismillah...

S.H.O.P.A.H.O.L.I.C

Yes, shopaholic...
Maksudnya, kaki shopping....
CiK NuNu dah bertukar m'jadi kaki shopping!!!

In just 2 weeks...
I burned 5o euro for 5 clothes...
Hmmm, is it worth???
I dont know...
I hope so....

(baju2 yg telah m'buat'n diri ni crazy, neither sleep nor live) 


Ni baru sket je hasil...
Nasib baik bleh control lagi...
Kalu pergi city, memang x bleh control...
Expecially kalu pergi when i'm in hunger...
Sedangkan kat area kolej pon dh terbayang-bayang baju tu...
Ni kan pulak kat bandar that have lots of branded clothes...

Masa mula-mula sampai dlu...
My parents said that...
If I wanted to buy clothes yg guna utk 1 musim je...
Just pergi charity shop...
Masa kat Malaysia...
 CiK NuNu memang x reti nak pakai baju 2nd hand ni...
Kalu ada pon, baju turun temurun...
Baju my mom, my granny, my aunts je...

(2 for 1.50, took without thinking but it worth)

But now, I love to go to charity shop...
Harga die, x payah cakap la...
Sure la murah kan...
Tapi nak cakap, baju tu baru lagi!!!
Rasa'y diorg pakai for a season je...
So, memang cun2 la...
Sekali melangkah masuk...
Memang ada la barang yang nak dibawa keluar...
hehehe...
Coz u can get a lovely outfit...
For just 5 euro...
*^-^*
So, sekarang dah ada 1 more way to release stress...
s.h.o.p.p.i.n.g.
hehehe...

p/s: I'm thinking of buying my friends outfits from charity shop la...bleh jimat..ke kedekut???



taHuKah anDa...

Bismillah...

Tahukah anda...
Islam zaman bani Abbasiyah dulu...
Tersangat-sangatlah kaya...

Pekerjaan yang paling masyuk adalah...
PENTERJEMAH & PENULIS BUKU...
Sebab, orang Islam zaman tu...
Sangatlah suke membaca & menimba ilmu....
Mereka ni dibayar dengan emas tau...
Bukan kertas nipis macam kita sekarang...

Zaman ni, kerajaan bani Abbasiyah dikenali sebagai...
USTAZIATUL ALAM....

Apa tu Ustaziatul Alam???



v


v

v

v



Ustaziatul Alam tu...
Tempat rujukan seluruh dunia...
Dalam kata lain....
Islam pada zaman tu menjadi tempat rujukan bagi seluruh dunia...
Ala, macam US menjadi tempat rujukan bagi dunia zaman sekarang...


Dan perpustakaan pertama didunia adalah pada zaman tersebut...
Yang dikenali sebagai Darul Hikmah...



Pada zaman itu jugalah...
Munculnya ilmuwan islam terkenal...

Ibnu Sina
Ibnu Rushd
Al-Khawarizmi

Al-Khindi
AL-Jauzi
Al-Biruni

Al-Farabi
Al-Mawardi

Dikatakan bahawa selepas kejatuhan bani Abbasiyah oleh tentera Mongol,

Semua buku dicampakkan ke sungai...
Dan sungai tu menjadi hitam....
Lantaran dakwat pen dari buku-buku tersebut...



Dan dikatakan juga...


Kerana, terlalu banyak buku-buku didalam sungai tersebut....
Tentera Mongol menggunakan buku-buku yang dicampakkan itu...
Dan mereka pijak untuk....
Menjadi jambatan bagi menyeberangi sungai...



So, moral of the story???
Bilakah kita nak capai semula tahap 'ustaziatul alam' semula???
Bagaimana nak capai???




p/s: Kalu la CiK NuNu idup zaman tu, x mo keje manager2 nih...nk keje penterjemah buku...sure masyuk, hehehe :-B

Saturday, November 19, 2011

haPPy BirThDaY aBaH!!!

Bismillah...

Selamat Hari Jadi abah...
Kakak sayang abah...
(sob, sob, sob...tulis entry ni sambil tahan rasa nak nangis)
Semoga abah panjang umur...
Dimurahkan rezeki...
Bertambah-tambah lagi iman...
And be happy all the time...

Abah, sayang abah!!!
x tau nak gambarkan kerinduan pada abah...

Abah ni klaka...
Kalu CiK NuNu ada kt umah...
Jarang nak peduli hal CiK NuNu...
except for...

v
v
v

Study...

v
v
v

Pergaulan...

v
v
v

Adab...
Jarang la nak cakap sayang, sayang nih...
Tapi bila kat sini...
Bleh dikatakan hari-hari abah nk skype...
Pantang ada masa sikit...
CiK NuNu dapat la call dari die...
Padahal x ada pon nak cakap...
My mum pon jarang2 je dpt nak cakap dgn CiK NuNu...

Daripada x tau langsung pasal skype...
CiK NuNu pon hanya sempat nak suruh diorang d/load je dulu...
Coz too busy with pre-departure and departure...
Tup, tup, die lagi expert dari adik2...
Adik2 and my mum said...
Hari2 abah explore skype...
hehehe, CiK NuNu gelak je...

Bila CiK NuNu citer kt sedare2 t'dekat...
Diorang cakap..
"abah rindu la tu"
CiK NuNu pon gelak je...
Tapi dalam hati, ye kot...
Sebab lelaki ni susah nk express feelings...

Kalu orang lain asyik dengan Facebook je...
Abah asyik dengan Skype die je...
Facebook die pon die malas nak amek tau...
Ye kot, abah rindu kat ak...

SELAMAT HARI JADI ABAH...
KAKA SAYANG ABAH...
(kaka tu pemain bola)
KAKAK SAYANG ABAH

(copyright muke abah)

p/s: dah x dapat tahan nangis....sob, sob, sob

my playlist