Blogger Layouts

Wednesday, August 10, 2011

Menjadi TUNANGAN Orang

Bismillah...
'Menjadi TUNANGAN Orang'
Topic untuk entry kali ini...


Alhamdulillah...
Semakin ramai teman-teman yang...
Menjejakkan kaki ke alam pertunangan...
Barakallah...
Semoga pertunangan mereka berpanjangan sehingga ke alam perkahwinan...
Ameeen....


Kepada yang masih solo...
Teruskan mencari...
(ecececeh...hihi)
Ini bukan menggalakkan couple ye...
Sila jangan salah faham...
Jodoh memang sudah ditentukan sejak azali...
Tapi bukan bermakna kita kena duduk & tunggu je...
USAHA + TAWAKAL + DOA
Sama macam kita belajar...


Kepada yang bergelar tunangan orang tu...
Semoga anda bijak menjaga batas pergaulan hendaknya...
Dan ikatan "dummy" yang telah wujud itu...
Tidak perlu dihebohkan dan dicanang berlebihan...
Eloklah dirahsiakan...
Mungkin hanya keluarga terdekat dan sahabat rapat sahaja...
Yela, belum tentu lagi ikatan "dummy" akan menjadi ikatan yang sah...
Nabi SAW sendiri ada mengingatkan kepada kita:

“ Rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan) tentang perkahwinan ”
(Hadith riwayat Ahmad dari Abdullah bin Zubair Radhiyallahu ‘anhu.)



Antara hikmah merahsiakan pertunangan adalah:
Perkara belum pasti terjadi atau berlangsung pernikahan tersebut (kita merancang, Allah yang Menentukan). Antara kedua pihak masih lagi ajnabi, untuk mengelakkan daripada fitnah dan perbualan umum.
  Mengelakkan daripada niat tidak baik untuk menjatuhkan/meleraikan ikatan pertunangan.



Kepada teman-teman dan diri sendiri juga...
Semoga kita dijauhkan dari sifat mazmumah...
Dan melakukan perkara terkutuk...
Kepada teman-teman...
Yang mengambil keputusan untuk berahsia...
TAHNIAH
Kerana telah beramal dengan pesanan Rasulullah...
Kepada teman-teman yang tidak tahu...
Janganlah kecil hati...
Kerana sesungguhnya mereka telah membuat kebaikan terhadap diri mereka...
Berfikirlah dan bertindak dengan menggunakan mata hati...
Doakan kesejahteraan dan kebahagiaan mereka...
Kepada teman-teman...
Yang memegang amanah rahsia itu...
Tetaplah kamu dan peganglah amanah itu...
Jangan dikhianati...
Sesungguhnya orang yang tidak berpegang kepada amanah...
Tergolong dalam kalangan orang munafik...
Astaghfirullahalazim...
Semoga kita dijauhkan.....





p/s: Tahniah sekali lagi kepada teman-teman yang sudah menjadi tunangan orang @ yang merancang untuk bertunang...semoga selamat menjejakkan kaki ke alam perkahwinan....i'm really happy for u guys...InsyaAllah, Cik NuNU akan menyusul nanti...

2 comments:

  1. owhhh..mcm tu..so if dah tunang senyap2.
    ahli keluarga je la taw..
    mak pnah cete gak...sbnrnya tunag kne rahsia2..
    sbb blum tentu jadi...heee...

    ReplyDelete
  2. btol...kalu x jadi, kan dah memalukan kedua2 belah pihak...lgpon, tunang bkn ikatan yg sah lg...tkot nnt kte x dpt kawal diri lak...ha, nak cari brg kahwin pon x leh b'dua-duaan...kalu x jmp lg bgus...no sms, no mms, no chat'n....

    ReplyDelete

my playlist