At this moment, Cik NuNu rasa nak nangis sangat2...
Bukan sebab sedih atau sakit...
Tapi disebabkan kebaikan orang2 disekeliling Cik NuNu...
Di bumi Dublin ni...
Hidup Cik NuNU sangat2 susah...
Time ni la rasa hidup cam orang miskin...
X ada duit sebab alaun x masuk lagi...
Duit untuk bayar sewa bilik pon x ada...
Duit untuk bayar sewa bilik pon x ada...
Nak2 lagi, winter tahun ni start awal...
And diorang forecast, next week start winter dah...
Baju winter x beli lagi....
Kasut pon x ada lagi...
Sob, sob, sob....(sedih)
ALHAMDULILLAH
Kak Ngah bagi pinjam winter coat die...
Kak Ain plak hadiahkan glove yang sangat comel...
Kasut, x ada lagi...
Tengah simpan duit ni...
Duit yang ada kena jimat...
Nak makan, bayar sewa rumah, tambang bas, winter preparation...
Hidup kat sini sangat susah...
Living cost sangatlah tinggi...
Ya Allah, kepadaMu sahaja aku berserah...
Cik NuNu sedaya upaya x nak menyusahkan orang...
Apatah lagi menyusahkan parents, aunty and kawan2...
Dalam keterpaksaan, diorang perlu tahu keadaan Cik NuNu disini...
Supaya mereka tidak terlalu risau dikemudian hari...
Dan x kena marah nanti..hihi
Dan x kena marah nanti..hihi
Maha Suci Allah...
Telah menghantar insan2 yang baik kepada Cik NuNu...
Mereka terlalu baik sehinggakan Cik NuNu rasa sangat2 rendah diri...
Sob, sob, sob...(terharu+bersyukur)...
Pak Lan and e.arfan...
Sentiasa menjaga kebajikan Cik NuNu...
Cukup makankah Cik NuNu?
Makan pakai cukup?
Duit ada lagi ke?
Hidup camane?
Terima kasih kerana mengambil berat...
Kak Ain, Kak Linda and Kak Ana...
Sentiasa tanya keadaan Cik NuNu..
Sihat ke x?
Dah makan ke belum?
Masak ape?
Study camane?
Iman ok ke x hari ni?
Sayang Kak Ain, Kak Linda and Kak Ana...
Kak Sufia and Kak Miza...
Study ok ke x ni?
Dah makan ke belum?
Balik nanti camane?
Tau ke jalan nak g sana?
Thank You so much korang...
Korang sume sangat-sangat baik hati...sampaikan CiK NuNU rasa macam menyusahkan korang je...CiK NuNu sedaya upaya menahan diri dari menyusahkan orang lain and cuba berdiri di atas kaki sendiri...Mungkin ini adalah liku-liku dan perjalanan yang perlu CiK NuNu hadapi untuk mencari sebuah kejayaan...Ya, mungkin juga Allah sedang menguji hamba-hambanya, CiK NuNu dan juga orang2 sekeling CiK NuNu...itu adalah tanda kasih sayang Allah kepada ummatnya
Saat dan ketika ini...
CiK NuNu teringat pada satu surah..
Surah fevret CiK NuNu...
Surah Ad-Dhuha..
Kisah tentang kesedihan Rasulullah...
Dan bagaimana Allah memujuk baginda...
Kisahnya begini...
Ibn Abbas RA berkata, bahawasanya Ummu Jamil (isteri Abu Lahab) telah berkata, "Malaikat dan wahyu sudah tidak turun lagi. Tuhan telah memutuskan hubungan dengan dia". kemudian Ummu Jamil telah menyebarkan perkara tersebut ke khalayak ramai. Ini menyebabkan Rasulullah SAW berasa susah hati dan sangat sedih. Lalu Allah telah menurunkan Surah Ad-Dhuha
Ayat ke-3
~Tuhanmu tidak meninggalkanmu dan tidak pula membencimu~
Ayat ke-4
~Bukankah akhir itu lebih baik bagimu daripada permulaan~
Ayat ke-5
~Dan kelak tuhanmu pasti memberikan kurnianya kepadamu lalu hati kamu menjadi puas~
Ayat ke-6
~Bukankah Dia mendapatimu sebagai seorang anak yatim lalu Dia melindungimu~
Ayat ke-7
~Dan Dia mendapatimu sebagai orang yang bingung, lalu Dia memberikan petunjuk~
Ayat ke-8
~Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang kekurangan, lalu Dia memberikan kecukupan~
Sekarang,CiK NuNU membayangkan bahawa Allah sedang memujuk CiK NuNu plak...
Allah sentiasa ada bersama CiK NuNu dimasa susah dan senang..
Segala kesusahan yang dilalui sekarang membawa kepada kebahagiaan dimasa hadapan...
Setiap kesabaran akan Allah reward nanti...
Cik NuNu sebatang kara dibumi orang, tetapi yang menjaga CiK NuNu disini adalah Allah...
Sewaktu CiK NuNu bingung dan sedih dengan masalah yang dihadapi, Allah berikan petunjuk dan menghantar utusannya untuk membantu CiK NuNu...
Ya, CiK NuNu hidup serba kekurangan disini, tetapi Alah memberikan kekuatan untuk bertahan dan dalam sekelip mata, hidup CiK NuNu bertambah senang...
Tiada kata yang mampu kuucapkan melainkan mengucapkan rasa kesyukuran kepadaMu, Ya Rab
No comments:
Post a Comment