Blogger Layouts

Friday, February 24, 2012

Kita Adalah Khalifah

Bismillah...

Alhamdulillah...

Kerana Allah masih membenarkan CiK NuNu menghirup udaraNya...



Alhamdulillah...
Kerana Allah masih memberikan rezeki kepada CiK NuNu...



Alhamdulillah...
Kerana CiK NuNu masih dapat merasakan nikmat & kasih sayang Maha Penyayang....



Alhamdulillah...
Kerana CiK NuNu lahir dalam keadaan Islam...
Kerana CiK NuNu membesar sebagai seorang yang beragama Islam...
Kerana CiK NuNu mempelajari apa itu Islam...



Alhamdulillah...
Kerana Islam membentuk siapa CiK NuNu sekarang...



Alhamdulillah...
Kerana lahir sebagai umat Nabi Muhammad SAW...

Alhamdulillah....

Membandingkan diri ini yang kotor lagi hina ini...
Dengan mereka yang masih belum menerima sinar Islam...
Membuatkaan diri ini sangat bersyukur...
Semoga diri ini diambil dalam keadaan khusnul khotimah...
Pengakhiran yang baik, yakni sebagai seorang Islam...
Yang bertuhankan Yang Satu...
Yang bersaksikan Muhammad yang terpuji...
Ameeen

Namun...
Menjadi seorang Islam bukan hanya terletak pada nama...
Pada kad pengenalan atau pada passport...
Ia memerlukan kita menjadi seorang khalifah...
Sebarkan Islam, agama yang membawa keamanan...
"susah la nak cakap pasal Islam dengan orang yang x faham Islam langsung ni."
Susah??? Memang susah...
Sebab nak dapatkan syurga pon bukan senang...
Tapi rasanya senang lagi bercakap pada mereka yang...
X kenal Islam langsung...
Berbanding mereka yang tahu tentang Islam...
Yang beragama Islam...
Tetapi menolak cara hidup dan pemikiran Islam...

CiK NuNu suka berbicara tentang Islam...
Pada orang yang bukan Islam...
"Eh, kan susah tu nak cakap dgn orang cam tu... diorang dah la ada agama sendiri... dah tu, diorang suka fikir yang Islam ni kolot dan ganas."
X semestinya...
Memang diorang ada agama sendiri...
Tapi agama sekadar atas IC je...
Tapi x faham pon agama mereka...
Lagipun, agama yang diterima disisi Allah...
Hanyalah agama Islam...
Jadi cubalah tarik mereka untuk cintakan Allah...
Bina kepercayaan mereka bahawa hanya ada 1 tuhan...
Allahu ahad

X semua orang pandang hina Islam...
Tapi x juga dinafikan ada ramai yang memandang Islam ganas...
Tapi, melalui akhlak yang kita sebagai orang Islam...
Mencontohi akhlak kekasih Allah...
Hati-hati mereka pasti akan cair...
Kalu tidak hari ini, pasti esok...
Kerana hidayah itu milik Allah...
Dan hidayah tidak datang bergolek...
Hidayah perlu dicari...


Berhadapan dengan non-muslims...
Dan berbicara tentang Islam...
Sememangnya memerlukan kekuatan...
Kerana mereka seringkali bertanyakan pelbagai soalan...
Kadang-kadang sampai kita x mampu nak jawab...
Dari sekecil-kecil soalan, sehingga sebesar-besar perkara...
Dari soal akidah sehingga soal sirah...
Yang penting, persiapan mental...
Walau kita x mampu jawab soalan tu...
Jujurlah dalam kata-kata...
Kerana kejujuran adalah akhlak yang mulia...
Siapa tahu melalui kejujuran, hati mereka akan tertaut...

Pengalaman bercerita tantang Islam...
Pada teman-teman sarjana....
Yelida, Sebestien, Armstrong, Ola, Van, Kelly, Molly...
Adalah pengalaman yang amat menyeronokkan...
Patutlah sahabat pada zaman nabi suka berdakwah...
CiK NuNu x dapat menggambarkan bagaimana keseronokan itu...
Mungkin sesiapa yang mengalaminya sahaja yang memahami...

Mengetahui mereka melihat Islam dari sudut pelbagai sudut membuka mata ini...
Terdapat beberapa kata-kata mereka yang menarik perhatian CiK NuNu...

Armstrong berkata yang dia suka bila orang Islam bangun solat subuh...
Tapi ramai orang Islam liat nak bangun subuh bukan...

Yelida cakap the way kita melihat kehidupan dan masalah adalah totally berbeza dengan mereka...
Kerana "hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah yang satu"

Ola, mangsa perceraian...
 Yang ibunya seorang kristian dan bapanya seorang muslim
 "I know ramai orang Islam x sembahyang...coz my father don't"
CiK NuNu tersentap... 

Kelly, seorang wanita China yang suka bertanya...
"Kenapa Islam kena makan makanan halal??? 
And what is halal???
Makanan bersih dan diperoleh dari sumber yang bersih itu...
Membentuk siapa kita dan bagaimana akhlak kita...

X pelik kalu orang-orang barat ini...
Suka mempelajari tentang Islam...
Kerana Islam itu berbeza...
Semoga mereka mendapat hidayah untuk memeluk Islam...
Dan semoga kita semua sebagai seorang Muslim...
Menunjukkan perilaku seperti mana seorang Muslim selayaknya... 



p/s: teringat satu episod dalam Law Kaana Bay Nanaa... "saya mempunyai ramai kawan-kawan Muslim, tapi tiada seorang pon pernah bercerita tentang Islam kepada saya'... Jom sebarkan Islam ^_^


No comments:

Post a Comment

my playlist