This is the story of Syeikh Ramadhan al-Buty...He was in his 1st degree when he get married, atas arahan ayah beliau....His father, also seorang ulama', teringat about hadith nabi yang menyuruh, apabila seorang anak itu sudah berkemampuan untuk bernikah, maka nikahkanlah...Thus, si ayah pon terus call upon his son and kahwinkan anak beliau itu...Pada subuh yang pertama selepas berkahwin, Syeikh Ramadhan Al-Buty overslept he missed jemaah subuh...Si ayah pon x kejutkan si anak...Lalu, si anak wake up, and felt ashame dengan ayahnya because when his father came back from the mosque, he smiled at his son...Lantas si ayah pon berkata, "Berbahagialah wahai anakku, semalam Rasulullah SAW datang di dalam mimpiku dan baginda mengirimkan salam kepadamu dan mengucapkan tahniah".
~p/s: the moral of the story adalah about ketaatan si anak dan si ayah kepada arahan Allah SWT.
========================================================================
Actually, story above is just a muqaddimah je...what i want to say is, kahwin muda itu tidak salah asalkan orang itu sudah bersedia dan berkemampuan...berkemampuan dari sudut zahir dan batin, mempunyai pandangan yang jauh...tapi ini cuma pemahaman aku la...yelah, bukan senang tau nak jaga anak dara orang...dah la parents die jaga dia baik2, bagi keperluan macam2...lepas kahwin, bukan nak jaga anak dara orang je, nak kena jaga anak sendiri lak...so, sebelum kahwin, kena la betul2 ready...tapi, berapa kerat yang dah matured pada usia muda? rata-rata nak enjoy tym usia masih muda ni...
Pelbagai alasan digunakan bila orang tanya kenapa kahwin lambat...x ready lagi la, muda lagi la, x cukup duit lagi la, x ada jodoh lagi la, x sampai seru lagi la and macam-macam lagi la...the best and true answer mesti la belom ada jodoh lagi...but, i think, jawapan yang selepas itu adalah x cukup ilmu...ilmu dunia dan ilmu akhirat...tapi alasan yang sering aku dengar adalah x ready@x stabil...usually its all about money...ke hulu ke hilir kejar duit tapi x ada masa nak kejar ilmu agama...berapa ramai lelaki yang sanggup volunteer jadi imam untuk solat jemaah? berapa ramai yang sanggup go to mosque to recite azan? berapa ramai yang amalkan baca quran?berapa ramai yang sanggup bangun malam and menghidupkan malam dengan qiamullail? berapa orang yang sanggup menegur perbuatan yang salah dengan berhemah? berapa ramai?
Dan berapa ramai pula yang volunteer pergi main bola hari-hari? berapa ramai yang sanggup bersesak beli tiket untuk tengok bola? berapa ramai yang sanggup bangun malam-malam semata-mata nak tengok world cup? berapa ramai yang sanggup melalak kat karaoke box? berapa ramai yang suka bersiul bila nampak perempuan? berapa ramai?
Setakat ini, aku rasa ramai yang berada dalam kelompak yang kedua? susah nak jumpa lelaki dalam kelompok pertama...Ya, I know that I'm not in the first group but at least, I try to be...and I want a husband in that category, even though he don't have all the qualities in the first group...but, asalkan dia sanggup untuk berada di kelompok pertama, I volunteer to be his backbone, I sanggup menjadi makmum...
Almost 5 years meninggalkan zaman persekolahan, cukup membuatkan aku takut dengan dunia luar...Di sekolah, I felt my schoolmates (guys) are all baik, jaga agama, walaupun nakal tahap gaban...tapi dunia luar mengubah mereka dan aku juga x terkecuali...sebab itu aku mencari seorang lelaki yang mampu membawa aku kembali seperti zaman persekolahanku dulu kerana aku rasa x mampu untuk melawan dugaan ini...aku perlukan seseorang untuk membimbing dan mendengar resah hatiku...membawa aku ke jalan Allah...tapi, dunia luar terlalu ramai guys yang berbeza dengan guys zaman sekolah...
Sejak akhir-akhir ini, aku kerap memikirkan lelaki yang baik dan menjaga agama...terlalu kecil jumlahnya...yang baik memang ramai, tapi yang menjaga agama? Hampir 5 tahun, aku mencari guy seperti Ian, my past...memiliki sifat lelaki yang cukup sempurna di mata aku...diluar, he can be categorized as ZERO, x ada rupa sangat, but dthe inner side of him able to tremble me...sejujurnya, susah untuk melupakan dia, even after 5 years...ingatkan bila dah berada di dunia luar aku akan lupa semuanya, but I'm wrong...I restricted myself to stalk on his fb, but last week, I did it...while people changing, he never change...same style, same hobby, same interest...just the same guy as 5 years ago...mendengar suara dia azan, cukup menggetarkan hati ak...mendengar suara die mengaji, mampu menenangkan aku....mendengar suara dia mengimamkan solat, membuatkan aku khusyuk (walaupun kadang-kadang x khusyuk)....mendengar suara die bangun menghidupkan malam, mampu membuat aku menangis mengenangkan dosa dahulu...Due to my ego, kita terputus hubungan...to be honest, until now, I can't forget him...he is the best guy I had ever met...but, I always keep running from him if I met him in campus because I afraid of my feelings, my desire...all these while, I kept deleting him from my heart but I can't...
Story di bawah adalah sebagai penutup...it shows how great the guy is...how he submit to his fate, pasrah...how agama adalah lebih utama dari segalanya...semoga all of us will met out partner, a good and religious soulmate~amin.
========================================================================
Pada zaman dahulu, ada seorang jejaka yang sangat suka membaca dan selalu menghabiskan masanya di perpustakaan pada waktu lapang. Dia amat suka membaca novel dan buku cerita. Pada suatu hari, dia telah terjumpa sebuah novel yang ada tertulis pada kulit novel itu nama dan alamat seorang gadis di salah satu muka suratnya. Tertulis di situ : "Catrina, ikhlas dan perlukan sahabat."
Tergerak hati jejaka untuk mengutus surat kepada si gadis misteri itu. Setelah pulang ke rumah, jejaka itu menulis surat untuk memberitahu niat ingin berkawan dengan gadis itu. Beberapa hari kemudian si jejaka mendapat balasan daripada gadis tersebut bahawa dia juga bersetuju untuk berkawan dengan si jejaka.
Hari betukar minggu dan minggu bertukar bulan. Persahabatan mula bertukar kepada perasaan sayang. Namun begitu mereka masih belum pernah bersua muka. Si jejaka ingin sekali bertemu si gadis misteri dan begitu juga dengan si gadis. Walaupun kedua-keduanya masih belum melihat rupa masing-masing, tetapi perasaan sayang tetap berbuku di hati.
Pada suatu hari, si jejaka dipanggil oleh bala tentera untuk pergi ke medan perang. Si jejaka merasa amat susah hati kerana dia bimbang sekiranya dia mungkin tidak dapat berjumpa dengan si gadis kesayangannya. Maka diutuskannya sepucuk surat berbunyi, "kalau Allah panjangkan jodoh kita, dan andai kamu masih sayang padaku, kita berjumpalah di stesen keretapi pada hari perang diumumkan tamat nanti. Aku akan memakai pakaian tenteraku dan membawa sekuntum mawar berwarna merah. Aku akan mengenali kamu sekiranya kamu juga memegang sekuntum bunga mawar merah. Setelah itu izinkanlah aku membawamu untuk makan malam dan bertemu orang tuaku."
Maka pergi lah jejaka ke medan perang dengan tenang setelah mengutuskan surat itu...
Beberapa bulan kemudian...
Pada hari pengumuman perang tamat, si jejaka pergi ke stesen keretapi yang dijanjikan sambil memegang sekuntum bunga mawar merah di tangannya. Diperhatikannya seorang demi seorang gadis yang berada di stesen keretapi itu sekiranya ada yang turut memegang bunga mawar merah sepertinya.
Tiba-tiba, si jejaka ternampak seorang gadis yang agak berisi, sedikit hitam dan berjerawat mukanya duduk di kerusi roda sambil melihat sekeliling seolah-olah mencari seseorang. Kakinya kudung dan tangannya cacat sebelah. Sebelah lagi tangannya memegang sekuntum bunga mawar berwarna merah. Si jejaka sangat terkejut melihat keadaan fizikal dan wajah gadis pujaannya selama ini amat berbeza dari imaginasinya, namun dia memberanikan diri menghampiri gadis tersebut.
"Catrina?"
Gadis itu melihat ke arah si jejaka dan tersenyum ceria. Si jejaka terus menghulurkan bunga mawar kepada si gadis dan berkata, "aku amat merinduimu. Terimalah bunga ini dan pelawaanku untuk makan malam bersama kedua ibu bapaku. Orang tuaku tidak sabar-sabar lagi untuk bertemu denganmu," kata jejaka itu.
Si gadis itu tersenyum lagi dan berkata, "Aku tidak tahu apa yang terjadi. Tetapi ada seorang gadis cantik jelita memberikan bunga ini kepadaku sebentar tadi. Dia memintaku memberitahu kamu bahawa dia sedang menunggu kamu di restoran di hadapan stesen ini sekiranya kamu mempelawaku makan malam dan bertemu orang tuamu."
----------TAMAT------------
Berapa ramaikah manusia yang sesuci hati jejaka ini? Dia melihat kepada hati dan bukan kepada rupa. Dia telah mengotakan janjinya dan tetap berpegang kepada perasaan sayang walaupun pada mulanya dia menjangkakan gadis cacat itu adalah Catrina. Masihkah lagi wujud lelaki seikhlas dan seluhur hati pemuda itu?