Setiap manusia pasti mempunyai aib yang tersendiri...Tak kira la manusia itu manusia jahil ke, manusia alim ke, manusia alim tahi kucing ke… sebab dah namanya manusia, pasti mempunyai kesalahan yang menjadi aib bagi dirinya...Sejauh mana seseorang itu menjaga aibnya, begitulah juga beliau perlu menjaga aib orang lain seperti mana dia mahu aibnya terjaga..
Sabda Nabi s.a.w. “Sesiapa yang menjaga aib saudaranya (Muslim), Allah akan menjaga aibnya di Hari Kiamat“..
Jika seseorang itu melakukan perkara yg aib secara terang2an, maka tiadalah konsep menjaga aib tu.. seperti bercemolot di khalayak ramai, melompat2 sampai terbuka aurat di khalayak ramai dsb.. sbb ianya dilakukan di khalayak..Sebaliknya, aib yang dilakukan secara senyap2, maka untuk melakukan dakwah kepadanya juga kena dengan cara senyap2.. supaya aibnya itu tidak terbuka dan terdedah…Dan Allah melarang mencari2 aib seseorang untuk didedahkan dengan tujuan untuk memalukan seseorang.. sebab kalau cari, memang jumpa punya.. Bahkan si pencari aib itu juga kadang2 tak sedar yang aibnya juga sedang diintai2 oleh orang lain untuk dibuka aibnya.
Amalan membuka dan menyebarkan keaiban seseorang ini banyak berlaku dalam dunia internet.. tak kira la melalui forum ke, blog ke, facebook ke, chatting ke… memang seronok bila bercerita aib orang… sebab yang diceritakan itu adalah aib orang lain.. cuba bila aib kita pula yang dijaja orang.. ataupun aib keluarga kita.. dengan pantas kita akan berasa marah..Syaitan memang akan menjadikan perbualan tentang aib orang ini sebagai sesuatu yang sangat menyeronokkan.. sbb dapat tahu kelemahan seseorang.. boleh gelak2.. dan terasa yang diri orang yg diaibkan itu sangat rendah dan hina.. sebaliknya orang yang membuka dan menceritakan keaiban itu nampak sebagai seorang yang hebat dan mulia..
Tak kira sama ada kawan ataupun lawan.. kadang2 kita kena tahu limit untuk bercerita tentang peribadi orang lain.. apatah lagi kalau kita dah mula mencuba2 untuk membuat spekulasi.. Sebab kita juga tak mahu orang mencampuri urusan peribadi kita secara mendalam..
Akibatnya memang sangat buruk… terutama kepada orang yang diaibkan..
MEMBUKA AIB ORANG LAIN BUKAN SETAKAT DIUMPAMA KAN MEMAKAN DAGING SAUDARANYA TETAPI JUGA UMPAMA MEMAKAN MAYAT DAGING SAUDARANYA SENDIRI (يأكل لحم أخيه ميتا)




No comments:
Post a Comment