Blogger Layouts

Saturday, April 9, 2011

hadiah daripada hati...

Ini adalah hadiah daripada aku...tulus dari dalam jiwaku...untuk mereka yang aku gelarkan sebagai teman, kawan, kawan baik dan sahabat sehidup-sematiku...
========================================================================
Diceritakan bahawa dalam satu majlis, Rasulullah SAW sedang bercakap kepada para Sahabat, "Tidak lama lagi akan datang ke majlis kita ini seorang ahli Syurga."

Tidak lama selepas itu, orang itu pun datang lalu memberi salam. Rasulullah SAW pun berkata, " Silakan."

Itulah orangnya yang Rasulullah SAW sebut bahawa dia ahli Syurga. Rupanya, ada Sahabat yang ambil perhatian. Apakah kelebihan orang ini? Selepas majlis selesai, Sahabat tersebut mengekori orang tadi balik ke rumah tanpa disedarinya. Setelah sampai, dia bertanya, " Bolehkah saya menumpang bermalam di rumah saudara?" Orang tadi berkata , "Ahlan wasahlan, silakan."

Tujuan Sahabat itu menumpang bermalam adalah untuk melihat apa kelebihan orang itu kerana dalam ramai-ramai Sahabat, yang ini disebut khusus oleh Rasulullah sebagai ahli Syurga. Sahabat yang menumpang bermalam itu tidak tidur tetapi dia memerhati sahaja sampai ke subuh. Dilihatnya tidak ada sesuatu pun yang istimewa. Orang itu sembahyang yang fardhu sahaja. Sunat rawatib pun dia tidak buat. Malam pun dia tidak bangun untuk tahajud. Padahal Sahabat itu sendiri tahajud malam, sembahyang sunat, berwirid, berzikir dan membaca Al Quran. Pening dia memikirkan. Beginikah ibadah ahli Syurga?

Selepas sembahyang Subuh, mereka berbual. Sahabat itu berkata, " Semalam, sebelum saudara datang ke majlis, Rasulullah ada menyebut, Sekejap lagi akan datang ke majlis ini seorang ahli Syurga: Tiba-tiba saudara datang. Jadi, saudaralah orangnya. Tujuan saya minta bermalam di rumah saudara adalah untuk melihat amal ibadah saudara untuk saya tiru. Tetapi saya tengok, semalam tidak ada apa-apa pun. Saudara sembahyangyang fardhu sahaja. Apakah rahsia sebenar saudara boleh menjadi ahli Syurga?"

Orang itu menjawab, " Wahai saudara, dalam hidup ini, saya bukan sahaja tidak ada hasad dengki, fikir untuk berhasad dengki pun tidak."

Rupanya, faktor dalaman iaitu kebersihan hati itulah yang besar. Orang itu bukan setakat tidak berhasad dengki, niat atau teringat hendak berhasad dengki pun tidak ada.

Ada satu lagi contoh lain yang berlaku di zaman Rasulullah. Pada satu masa, ada seorang Sahabat yang menceritakan kepada Rasulullah SAW, " Saya ada seorang jiran yang kuat ibadahnya. Malam dia bertahajud, siang dia berpuasa sunat. Tetapi perempuan itu ada sedikit cacatnya. Dia sering menggunakan lidahnya untuk menyakiti hati jirannya." Rasulullah berkata, "Dia adalah ahli Neraka."

Kalau dilihat pada lahiriah perempuan itu, memang hebat tetapi itu baru 10%. Dalamnya rosak sebab ada hasad dengki. Walaupun cacatnya satu sahaja tetapi ia besar. Macam orang cantik tetapi dalam badannya ada barah. Apa erti cantik, apa erti hidung mancung dan apa erti kulit putih melepak kalau dalam badan ada barah.

No comments:

Post a Comment

my playlist