Sedih??? Of course i am....i’m juz an ordinary person, yg punya hati dan perasaan...perpisahan ini sememangnya memberi kesan yang mendalam ke atasku...seorang demi seorang mengucapkan ungkapan perpisahan, memohon seribu kemaafan dan jutaan terima kasih atas segala kegembiraan dan senyuman yg dianyam bersama-sama. Setelah 5 semester bersama, hati-hati kami telah bertaut. Dan seperti lautan, tautan ukhuwah kami dilanda pelbagai pasang surutnya...bila monsoon timur laut melanda, pasti ada yang terkesan dengan dengan tingkah laku si monsoon timur laut...bila monsoon dh berakhir, semua orang bergembira seumpama pergi ke pantai untuk berkelah dan mandi-manda dan menikmati haruman laut yg menyegarkan. Dan pabila monsoon datang menyinggah hati-hati kami, sekali lagi, pasti ada yang terluka. Namun, semua monsoon dan badai yang hadir telah menghasilkan sebuah lukisan persahabatan yang sungguh indah, yang tidak mampu terungkap oleh kata-kata. Oleh kerana itulah, aku tidak mampu mengungkap kata-kata perpisahan tatkala kami bersemuka. Apa yang mampu aku ungkapkan hanyalah frasa ringkas “ak pon....” seringkas itu. Bagi sesiapa yang mengerti gelodak perasaanku pada tika itu, pasti tiada persoalan ataupun pandangan negative dilontarkan kepadaku. Itulah ak....seorang yang tak mampu menggunakan kata-kata sebagai satu method dalam mengekspresikan perasaan. Lalu, ak teringat kisah-kisah dahulu...kegembiraanku bermula dengan pandangan negative mereka terhadapku.
semesta pertama....
Orang yang mula-mula aku kenal adalah jana, jimah, fara...during our first academic briefing. Dalam minggu-minggu pertama aku sebagai mahasiswa, segala yang berkaitan dengan akademik, pasti aku rujuk dengan mereka. Namun, dek kerana permasalahan aku dengan hanphoneku, hubungan antara kami mulai renggang. Aku yang menjarakkan perhubungan kami kerana aku tidak mahu mereka menungguku terlalu lama pabila mahu ke kelas. mungkin terdapat pandangan negatif terhadapku. Aku tidak pernah menyalahkan mereka. Pandangan mataku yang tajam dan menikam serta ekspresi muka yang serius sering menjadi penghalang untuk aku dalam mencari teman. Dahulu aku tidak begitu, namun sewaktu aku menginjak ke usia 15 tahun, tatkala teman-teman seusia mula dihinggapi virus cinta, aku nyata tidak selesa dengan gelodak hati remaja seusia denganku. Lantas, aku mula mengukir keseriusan dalam setiap tindak-tandukku. Aku tidak menyalahkan mereka. Kerana dari situ, aku mempelajari sesuatu bila mana hanya orang yang mempunyai sudut pandangan yang sama denganku bias melihatnya. Lagi pula, aku terlalu focus untuk menggapai matlamatku dan merubah persepsi orang sekeliling terhadapku. Tersenarai dalam dean list aku mimpikan. Menggenggam ijazah kelas pertama idamkan!!! Akan aku buktikan...pembelajaranku pada semester tersebut berjalan dengan lancar. Tiada konflik yang timbul kecuali dihujung semester, sewaktu persediaan exam, ak touching dengan kenyataan seorang teman. Aku begitu kecewa dengan dia kerana mengeluarkan kenyataan sedemikian tanpa bertanya. Seandainya dia tahu situasiku pada saat itu...seandainya dia tahu keterbatasan ak....seandainya dia tahu...
nurulll....ak bg pndgn negatif ke kat ko???ha??huhuhu..maafkn aku lau ada yg ko terasa ati ngn aku...tp,mmg pndgn aku mcm nie..tajam menusuk kalbu..huhu
ReplyDeletebkn ko la...ko x penah pon..
ReplyDeleteni sal org laen....tp ak dh lpe dh...
tetibe je t'ingt sal sem 1...sbb 2 la ak msuk dlm story ak...ko jgn rsau k...