Ditepi tingkap, ak mencoretkan segalanya. Hujan yang turun lebat selebat air mataku. beginilah ak bila cuti tiba, x ada teman untuk bergelak ketawa bersama. Pabila berseorangan, masalah yang melanda sering menjengah akal pemikiranku dan mutiara jernih inilah yang selalu menemaniku. Itulah ak. Kepedihan yang ak tanggung x mungkin kuluahkan. Cukuplah hanya ak dan Allah sahaja yang tahu dan hanya padaNya ak berserah. Mungkin kerana bebanan masalah yang terlalu banyak menyebabkan ak x suka mengambil tahu hal ehwal yang remeh-temah. if people hates me, let them be coz i'm gonna see them in few years more. then, after i manage to finish my degree, bubye!!! and all the negatives will be flew by the wind...
Aku merasa tenang sekali dapat menghirup bau hujan. Bau hujan tu macamana??? Entah, x mampu ak tafsirkan dengan pena, namun yang pasti, ia adalah bau yang lebih menyegarkan dari haruman aromaterapi. lagipun, it's free...Sambil ak menghirup bau hujan yang dibawa angin. ak mendengar radio. pelbagai lagu raya berkumandang memandangkan esok adalah raya korban. raya korban? x rasa macam nak raya pon. Apa yang ak korbankan dan apa yang telah terkorban? ak mengorbankan hati, perasaan, dan kegembiraanku. Ak mengorbankan zaman kanak-kanakku, mengorbankan usia remajaku, mengorbankan harta bendaku yang x mungkin berganti.
Ak baru sahaja selesai membaca mesej perpisahan Jana. Dan mutiara jernih tidak bisa ak halang dari mengalir.
"Salam. Aq blk dlu.halalkan segalanye k...kalu aq wat slah pn mf...syg ko.tc.pnjang umur jumpe lg.tc."
Mesej Jana memang simple tapi berjaya menggetarkan jiwa ini. Ak dapat rasakan keikhlasannya. Sahabat2ku semua sudah pergi. Kehidupan memisahkan kami. Lama ak menahan kesedihanku semenjak kata-kata perpisahan yang telah terlafaz 3 hari lalu dan ak sudah x mampu menahannya. berjuraian akhirnya air mata ini. Mungkin kerana takut dengan perpisahan, maka ak lebih gemar memilih untuk berdiam diri dan dingin dari bergaul mesra dengan orang lain.
oh hujan, terima kasih kerana menghujani kehidupanku...
oh angin, terima kasih kerana menghantar haruman hujan kepadaku...
oh sahabat, terima kasih kerana hadir menceriakan kehidupan ini...
oh Allah, thank you for the rain, the wind, and gorgeous ukhuwah sent to me.
No comments:
Post a Comment