ni comment yg ak baca dlm 1 website la...bez la gak coz i get 2 understand more on ADAMs' point of view...well, on the other side, bleh la kte share n it helps to improve our self-esteem...
Sememangnya agak susah untuk menerima kekurangan diri apabila masyarakat sekeliling kita tak 'ada taste' dengan ciri-ciri yang ada pada kita.
Perasaan 'Rupaku-sangat-tidak-cantik' dipengaruhi oleh takrifan 'cantik' yang disetkan oleh orang sekeliling kita (dalam kes ni kawan lelaki awak).
Perasaan 'Rupaku-sangat-tidak-cantik' dipengaruhi oleh takrifan 'cantik' yang disetkan oleh orang sekeliling kita (dalam kes ni kawan lelaki awak).
Saya anggap awak tak mempunyai masalah rendah diri atau kurang keyakinan apabila berhadapan dengan orang. Cuma masalah pilihan semesta jer yang menjadi kerisauan ;
"Aku hitam, ada ke nanti orang yang nak kat aku? "
Sememangnya sifat semulajadi manusia melihat kecantikan luaran apabila menilai sesuatu secara kasar. Sebagai seorang lelaki, sememangnya saya SUKA melihat perempuan yang putih, kerana mind-set ni macam dah di ajar dari kecil, putih = cantik.
Sama la cam handphone, semestinya kita berkenan dengan design yang lawa, slim, color hitam berkilat, skrin terang dll. tetapi apa yang sebenarnya mempengaruhi kita untuk buat keputusan membeli handphone tu ialah feature yang ada pada handphone tersebut. Buat apa rupa jer lawa tapi memori kecik, slow, menu tak user friendly, volume tak kuat dll.
Saya highlight kan suka melihat prempuan cantik kerana suka tak bermakna jatuh hati atau cinta. Memang sifat lelaki yang suka 'flirt' atau dalam bahasa pasarnya 'meng-usha'. Nak usha, kena la yang cun-cun, kalau usha yang kurang sikit memang kena ejek dengan member la.
Tapi bila masuk bab cinta atau soal memilih calon isteri, aspek lain turut diambil kira. Baik dari segi pergaulan, percakapan, body-language, mental dan emosi, semua tu dipakejkan menjadi seorang wanita yang sempurna pada pandangannya. Rupa jer putih , lawa, tapi cakap kasar, takde siapa nak.
Ada seorang perempuan kat Uni saya ni, comel, kecik molek, senyum manis, rambut lurus, popular. Ramai lelaki suka dia, tapi malangnya tak ada yang cinta, selang 3 bulan, dia konpem akan ditinggalkan. Kemudian dapat pakwe baru, pun kena tinggal jugak. Semua lelaki yang pernah couple dengan dia memang dah ada awek lain. Dia hanya jadi barang melepaskan nafsu. Kesian, cantik, dapat layanan lelaki tapi tak dapat merasa cinta sebenar, tak dihargai.
Apabila diberitahu perempan yang mempunyai ciri-ciri fizikal macam awak ni tak akan 'diusha' oleh kaum lelaki, secara tidak langsung awak rasa wujud diskriminasi terhadap golongan perempuan berwajah gelap ni. So tekanan wujud apabila awak tau awak tak diusha oleh kaum lelaki. Relax, tenang, tak diusha tak bermakna tak akan dicintai seumur hidup.
Serius, saya pernah jer jatuh hati dengan perempuan yang berkulit hitam manis. Cair dengan perwatakan yang dicerminkan, cakap lemah lembut, senyum manis, friendly. Orang macam tu memang saya tak usha, tapi saya akan USAHA, tekel sampai dapat. hehe ;-)
Tanamkan rasa suka dan syukur terhadap rupa awak. Kalau kita sendiri tak suka dengan rupa kita, macamana orang lain nak suka dengan kita?
Akhir kata, jaga diri elok-elok, jaga akhlak, adab, dan tutur kata. Hargai diri anda,
Konpem ada yang sangkut nanti. InsyaAllah



No comments:
Post a Comment