Ini sebuah kisah yang digarap dari sebuah kisah benar mengenai reality kehidupan dari sudut pandangan seorang remaja yang sedang membesar. Remaja ini dibesarkan dalam golongan kelas sederhana tetapi hidup di kota metropolitan, Kuala Lumpur. Sedari kecil, terlalu sibuk mencari wang dan meningkatkan ekonomi keluarga. Keluar mencari nafkah jam 7 pagi dan pulang jam 7 petang. si sebalh malam pula, masing-masing sibuk merehatkan diri bagi mengecas tenaga untuk keesokan harinya. Tapi, mereka terlupa bahawa dirumah, ada seorang anak kecil yang terlalu dahagakan kasih saying seorang ibu dan seorang bapa. Anak itu membesar dalam sunyi. Hanya televisyen dan jiran-jiransebagai pengubat kesunyian. Di sekolah, sering sahaja dia berasa rendah diri. Kwan-kawan mempunyai kelengkapan sekolah yang mencukupi, sedangkan dia….keperluan harian hanya dibeli 2 kali setahun, sewaktu sebelum memulakan sesi persekolahan. kalau hilang, jangan harap nak beli lagi. Duit saku hanya cukup-cukup untuk membeli makanan. 12 jam di waktu siang dihabiskan di sekolah, manakala di sebelah malam, menghadap guru tuisyen.
Sedari kecil, ibubapanya mengajar dia dengan disiplin yang sangat ketat. Cubit, pulas telinga adalah normal. makanan bulanan pastinya rotan dan penampar. sehinggakan, sewaktu anak remaja ini menjangkau ke usia 8 tahun, dia sudah merasa asing di dalam keluarga itu. entah dari mana, dia ingatkan bahawa dia hanyalah anak angkat. Dia lebih menghormati dan menyayangi orang yang selalu bersama dengannya. Mungkin pengaruh televisyen barangkali atau anak ini hanya memujuk dirinya. tapi siapa tahu gelodak dihati kecilnya itu.
Solat. Biarpun didedahkan dengan solat sejak kecil, namun mereka tidak menerapkan kepentingan solat itu kedalam jiwa anak itu. kalau meninggalkan solat, rotanlah hadiahnya, tali pinggang adalah habuannya. Anak itu tertanya-tanya, mengapa harus dia solat. apakah hanya kerana ibubapanya? lalu, tatkala ketiadaan ibubapanya itu, solat dan telekung, dicampak ke tepi, dipandang sepi.
Tahun demi tahun, anak kecil itu melihat dunia yang lebih luas. di seringkali tertanya-tanya, kenapa ibubapanya tidak pernah datang ke sekolah pada hari terbuka untuk mengambil rekod pelajarannya. Setiap tahun, dia menunggu saat itu namun dia hampa. Setiap kali hari terbuka menjelma, dia hanya mampu memaniskan muka dan memujuk hati dengan menemani kawan-kawan yang menunggu kehadiran ibubapa masing-masing. Biarpun begitu, Allah mengurniakan anak kecil ini dengan kepintaran di dalam akademik, namun itu masih belum dapat menarik perhatian dan kasih saying dari orang tuanya.
Menginjak usia remaja, semakin bergelora jiwa anak muda ini. Pandangannya semakin terbuka dan akal semakin berfikir. Dia melihat kedua ibubapanya adalah seorang guru yang berjaya, tidak pernah memarahi anak murid dan sentiasa memberi semangat kepada anak muridnya itu. Tetapi, mengapa situasi ini tidak wujud dirumah? Dia memberontak. Seorang demi seorang kaunselor datang dan pergi dalam hidupnya, namun dia masih begitu. hati yang sedih sudah berubah menjadi batu Hatinya sudah keras. berbuih nasihat datang menghujani dan badannya juga sudah kebal dengan “buah tangan” orang dewasa. Solat pula, terkubur terus dari hidupnya.
Biarpun hidupnya begitu, Allah masih sahaja mengurniakan anak itu dengan kepandaian dan budi pekerti yang sopan, persis seorang puteri yang dibelai rapi sedari kecil. Anak itu berjaya dalam akademik dan membuat keputusan untuk meninggalkan rumah yang tiada cahaya itu. Kejayaannya itu disambut dengan pelukan dari si ibu, namun segala-galanya sudah terlambat. Dia tidak mampu untuk merasa kegembiraan itu. Pelukan itu sungguh ganjil baginya. dengan bapanya pula ibarat seorang lelaki ajnabi. mereka tidak pernah bersentuhan tangan, apatah lagi memeluknya. Ibubapanya jarang berada dirumah. Komunikasi memang tidak wujud antara mereka. Kata-kata yang terpacul daripada mereka adalah arahan, persis komander di kem latihan polis. Sepatah kata yang keluar dari mulut anak itu, ugutan tamparan pasti hadir.
keputusan untuk meninggalkan rumah dan menyambung kehidupan di asrama benar-benar mengubah hidup anak gadis ini. Alhamdulillah,cahaya ilahi menyinari hidupnya. Namun, kerisauan mengisi benaknya. SPM bakal tamat dan ini bermakna dia harus kembali ke rumah itu. Ini juga bermakna dia harus berdepan dengan kedua ibubapanya yang tidak pernah menghiraukan hati kecilnya itu. Pendapatnya sememangnya tidak berguna. Kalau A kata mereka, maka A la, tidak mungkin B. Dia takut dirinya akan kembali seperti dahulu, bimbang imannya tergugat, khuatir sabarnya bernoktah. Kini, hanya pada ALLAH tempat dia mengadu.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Itulah suara hati seorang anak gadis yang diceritakan kepada Cik NuNu. Tidak henti-henti dia menangis. Lantas, Cik NuNu bertanya kepadanya kenapa dia menangis. Gadis kecil itu menjawab, tidak pernah ada orang yangmeluangkan masa untuk mendengar ceritanya. Kaunselor-kaunselor terdahulu mendengar kosong, seperti mencurahkan air di daun keladi. Pekerjaannya dijalankan ibarat melepaskan batuk ditangga. Masing-masing buntu dalam menyelesaikan masalahnya. Cik NuNu menangis dan memeluknya lantas membisikkan ke telinganya, “Adik kena kuat. Ingat, Allah sentiasa menguji umatnya kerana sayang dan ingin melihat adik kuat dan tabah. Cik NuNu tak mampu membantu menyelesaikan masalah adik tapi berdoalah kepada Yang Maha Mengasihi. tapi janji pada Cik NuNu, bila ditakdirkan adik menjadi seorang ibu, tolong jangan ulangi kisah hidup adik pada anak adik nanti”.
Aku sangat pelik.
- Seorang guru bertukar menjadi pendera
Bagaimana hal ini terjadi? Bukankah guru itu tugasnya mendidik, tapi mengapa anak dirumah tidak terdidik. ini ibarat kera dihutan disusukan, anak dirumah mati kelaparan. Adakah kerana bebanan kerja yang melampau disekolah? tapi orang lain pon terbeban gak but still boleh manage their time between family and career.
2. Baitul Muslim
Cik NuNu x nampak dimana letaknya baitul muslim dalam keluarga ini. Meskipon solat diutamakan, tetapi intipati solat itu tidak wujud. solat itu diumpamakan seperti pergi sekolaj. x pergi sekolah kena marah, x solat pon kena marah. tapi apa tujuan pergi sekolah? apa tujuan solat. apabila jiwa tidak ada dalam solat, maka apabila berpeluang, seorang anak itu pasti akan mengambil kesempatan yang ada untuk ponteng sekolah atau ponteng solat. Jadi, dimana nilai sebuah solat itu?
3. Kekerasan dalam mendidik
Kekerasan dalam mendidik itu perlu, tapi kelembutan juga perlu. Lihat sahaja bagaimana Rasulullah mendidik anaknya, penuh dengan hikmah, penuh kelembutan. tapi kenapa kita tidak mengambil contoh tauladan yang ditunjukkan oleh manusia paling mulia ini? adakah kerana mereka dibesarkan dalam kekerasan juga? Maaf, Cik NuNu membantah sekeras-kerasnya cara mendidik seperti ini. Anak-anak sekarang lebih terbuka minda mereka, lebih tajam pemikiran mereka. Mereka mampu untuk berfikir mana yang baik dan mana yang buruk. Cuba buka mata dan hati kita untuk mendengar suara hati mereka. Kalu parents tegur, itu tandanya mereka sayang, tapi kalu anak2 menegur, bermakna mereka juga sayang pd anda. anak-anak sekarang, semakin kasar diperlakukan, semakin kasar perlakuan mereka.
4. Komunikasi sehala
Dalam kisah anak ini, digambarkan bahawa komunikasi yang wujud hanya komunikasi sehala, yang menunjukkan bahawa keluaga ini sgt berproblem. maaf kalu ini agak kasar tapi “KALU ANDA RASA KOMUNIKASI CARA INI BAGUS, BAIK PERGI CAKAP DENGAN ROBOT KE, DENGAN KOMPUTER KE” . Hei, setiap manusia ada perasaan tau!!! kanak-kanak kecil pon ada perasaan!!! Kalu anda rasa didikan anda ni terbaik, mana mungkin dia menjadi liar…tolong la dengar apa yang diorang nak cakap and please accept their opinion!!!!!
Maaf, ini hanya pandangan Cik NuNu sahaja sebab Cik NuNu pon belum berumah tangga…tapi pandangan Cik NuNu ini disandarkan kepada pembacaan dan pandangan ahli agama dan pakar motivasi…tapi setiap orang deserve to voice out their opinion, isn’t it? Semoga perkara ini tidak akan terjadi pada sesiapa pon dan buat anak gadis itu, semoga engkau tabah dalam kehidupan ini…Ingatlah, Allah sentiasa bersamamu…




No comments:
Post a Comment