Blogger Layouts

Sunday, June 26, 2011

bUNgA yANg meLAYU

Bunga itu indah
Bilamana dilihat dengan mata hati
Bisa membahagiakan hari-hari mendatang
Bisa menghadiahkan senyuman kepada tuannya

Namun kini, bunga itu sudah hilang serinya
Layunya bunga itu sedikit demi sedikit
Layunya bukan kerana alam
Layunya bunga kerana peribadi manusia

Bunga itu diam seribu bahasa
Pudar seribu daya
Tidak mampu berbicara
Tidak mampu menghalang

Tinggallah bunga diam di situ
Menunggu hari-hari yang tidak pasti
Apakah mungkin sinar sang suria hadir
Menemani bunga yang kian kelayuan

Bunga yang semakin melayu
Masih bersisa cebisan keyakinan
Sang Suria hadir bersama sinaran
Memekarkan kelopak hidup si Bunga

Masa semakin suntuk
Apakah Sang Suria akan tiba
Atau Bunga akan jatuh mencium tanah
Menghadap Maha Pencipta yang abadi


No comments:

Post a Comment

my playlist