JUNE~sinonim sekali dengan hari bapa...tapi berapa ramai yang benar2 menghargai kewujudan bapa...ak baru saja selesai blogwalking di blog bapa arwah temanku...betapa beliau merindui arwah anak beliau...ya, siapa yang tidak merindui seorang anak yang soleh...yang sanggup berkorban harta, jiwa, raga dan nyawa untuk meletakkan Islam di tempat yang tertinggi...setiap aktivit yang dilakukukan adalah untuk mencari keredhaan Allah...Alhamdulillah, arwah pergi menemui Rabb dengan begitu indah sekali~sewaktu berdakwah mengembalikan pemuda-pemudi Sabah yang terlalu ramai murtad...Subhanallah, arwah syahid di medan agama...
FirmanNya lagi dalam Surah At Taubah : 20-22
“ Orang-orang yang telah beriman yang telah meninggalkan rumah-rumah mereka (berhijrah) dan telah berjihad di jalan Allah, dengan harta dan diri mereka. Disisi Allah bagi mereka darjat yang tinggi. Merekalah orang-orang yang berjaya sepenuhnya. Tuhan mereka mengkhabarkan berita gembira kepada mereka tentang rahmat dan keredhaanNya, dan tentang taman-taman syurga dimana mereka akan mendapat kenikmatan yang kekal, mereka akan tinggal di sana selama-lamanya. Sesungguhnya disisi Allah balasan yang sangat besar.”
Melewati nukilan si bapa, ak dapat merasakan rasa rindunya yang menggunung...rasa kasihnya terhadap si anak...seorang ayah bukanlah seorang ibu, yang lembut tutur katanya, yang sentiasa membelai si anak...seorang ayah biasanya tegas dalam kata-kata dan lewat geraak gerinya...tapi nama pun si ayah, pasti mempunyai rasa belas dan kasih terhadap si anak...si bapa memohon kemaafan dalam setiap perlakuan yang telah dilakukan sepanjang 21 tahun kehidupan si anak dengan harapan untuk membentuk seorang anak yang soleh dan hamba Rabb yang taat...Alhamdulillah, tidak sia-sia pengorbanan si bapa selama ini...Si anak menghadap Ilahi dengan cara yang sungguh mulia, yang dicemburui oleh para Sahabat...Si Bapa inilah contoh bapa yang berjaya~BAPA MITHALI~
Sabda Rasulullah saw, riwayat Imam Bukhari.
“ Barangsiapa yang membuat suka hati ibu-bapanya, maka sesungguhnya ia menyukakan Allah, dan barangsiapa yang membuat ibu-bapanya marah, maka sesungguhnya ia berarti membuat Allah murka.”
Sabda Rasulullah saw, riwayat Imam At-Tirmizi.
“ Keredhaan Allah tergantung kepada keredhaan bapa, dan kemurkaan Allah tergantung kepada kemurkaan bapa.”
Sabda Rasulullah saw, riwayat Imam At-Thabarani.
“ Keredhaan Allah tergantung kepada keredhaan ibu-bapa, dan kemurkaan Allah bergantung kepada kemurkaan keduanya.”
p/s: to my dad, ampunkan dosa anakmu ini....terlalu banyak sekali membebankan benakmu....anakmu ini akan mecuba sedaya upaya untuk menggembirakanmu...halalkan makan minum anakmu yang kuat makan ini...halalkan ilmu yang telah diajarkan semenjak kecil...terima kasih kerana sentiasa berada disisi dan mempercayai anakmu sewaktu tiada siapa berada di pihak anakmu...terima kasih abah....



No comments:
Post a Comment